Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, August 26, 2017

MENYAMAN BUKAN BUDAYA PAS....


 Alahai... si mamat ni kata laporan media yang mendedahkan PAS akan bekerjasama dengan Umno untuk menawan Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14 adalah konspirasi antarabangsa untuk menyerang PAS dari dalam dan luar negara.

 Konon katanya “tidak masuk akal” dan usaha mahu memburukkan imej parti itu.??

  Mamat ni perasan pula konon imej partinya Pas itu elok sangat?? Rakyat kebanyakan sudah lama tahu hubungan sulit antara Pas dengan Umno. Laporan Straits Times itu sebenarnya hanya menambah kenyakinan rakyat tentang adanya hubungan tersebut.

  Laporan tersebut hanya menambah buruk lagi imej Pas yang memang sedia buruk di mata rakyat!

  Bekas ahli-ahli Pas yang keluar beramai-ramai dan menubuhkan parti Amanah adalah kerana tidak bersetuju dengan langkah Hj Hadi membawa Pas untuk bekerjasama dengan Umno.

  Pas nak kata apa pun, katalah. Katakanlah laporan itu fitnah, laporan itu pembohong.... bahawa itu semua agenda zionis antara bangsa....Tetapi yang pentingnya hanya ada dua perkara sahaja mengenai isu tesebut - laporan itu benar atau fitnah.

 Pas kalau benar-benar mahu pembuktian tentang kebenaran laporan tersebut, sila dapatkannya melalui sidang perbicaraan di mahkamah. Heret media yang mendedahkan kerjasama Pas dengan Umno itu ke mahkamah.

  Tetapi Pas memang menyedari hakikat yang sebenarnya bahawa laporan tersebut adalah benar. Laporan itu ditulis sendiri oleh Ketua Biro akhbar Straits Times di Kuala Lumpur, Shanon Teoh, seorang yang berwibawa.

  Pas jangan sekadar buat kenyataan penafian demi penafian dan membuat tuduhan yang bukan-bukan.

Kalau dah yakin sangat bahawa berita itu adalah fitnah dan memburukkan imej Pas, tunggu apa lagi?? Samanlah.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA