Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, August 15, 2017

KHAIR TOYO AKUI UMNO / BN LEMAH

Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo berkata Barisan Nasional “hidup dalam kepura-puraan” mengenai persepsi rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Ogos, 2017.

BARISAN Nasional (BN) Selangor masih tidak tahu kenapa ia kalah teruk dalam pilihan raya umum (PRU) 2013 kerana parti itu tidak berani membuat penilaian yang sebenar mengenai persepsi rakyat, kata bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo.
Beliau berkata parti itu “hidup dalam kepura-puraan” mengenai persepsi rakyat malah tersilap apabila menyalahkan dirinya atas kekalahan BN Selangor dalam PRU 2008.
“Mereka lupa BN juga kalah di Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Wilayah Persekutuan.
“Lalu mereka perlu singkirkan saya untuk memberi imej gemerlapan dan gemilang kepada BN Selangor. Saya dibicara dan dipenjarakan.

Khir Toyo selar BN Selangor tidak tahu diri
“Malangnya pada 2013 tanpa saya, BN Selangor kalah lagi teruk,” katanya dalam satu kenyataan ringkas di Facebook.
Katanya, biarpun BN berjaya dalam PRU13 merampas Perak dan Kedah daripada Pakatan Rakyat ketika itu, ia nyaris kalah di Terengganu dengan hanya dua kerusi majoriti di dewan undangan negeri.
Khir dibebaskan dari penjara dengan parol pada Mac 2016 selepas menjalani hukuman penjara enam bulan atas kesalahan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo di Shah Alam, pada 2007.“Masalah dalam BN dan Umno ialah mereka tidak berani membuat penilaian sebenar, hidup dalam kepura-puraan mengenai persepsi rakyat,” katanya.
Beliau dipenjarakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 29 September, 2015 mengekalkan hukuman penjara 12 bulan yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi dan dikekalkan sebelumnya oleh Mahkamah Rayuan.
Kenyataan Khir dibuat ketika Umno dan PKR berperang mulut tentang kemampuan masing-masing untuk menguasai Selangor pada PRU akan datang.
Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor pada mesyuarat Umno Bahagian Petaling Jaya Utara semalam bertanya kenapa BN Selangor masih gagal merampas negeri itu daripada PKR.
"Apabila Khir Toyo tidak jadi menteri besar, kenapa kita masih kalah lagi pada PRU13? Cari punca dan mesti ada sebab," katanya.
Beliau juga meminta BN Selangor berusaha memenangi semula hati rakyat dengan membetulkan persepsi negatif terhadap BN yang dibentuk oleh pembangkang berhubung skandal 1Malaysian Development Berhad.
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dalam reaksinya mengingatkan Umno supaya lebih bimbangkan kemampuannya mempertahankan Putrajaya dan bukannya memenangi Selangor jika ia gagal menjelaskan kepada rakyat tentang 1MDB.
Dalam kenyataannya Khir juga merumuskan kemenangan BN dalam pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar tahun lalu tidak menggambarkan kekuatan sebenar parti itu atau sokongan sebenar rakyat kerana undi merosot hampir 2,000.
“Jadi kuat di mana kita? Kuat hanya kerana pihak musuh berpecah. Jika esok mereka bersatu, apa strategi kita?” katanya.
Dalam pilihan raya kecil itu, calon BN Budiman Mohd Zohdin meraih 16,800 undi manakala calon BN pada PRU13 allahyarham Noriah Kasnon mendapat 18,695 undi.
Pilihan raya kecil itu diadakan selepas Noriah terbunuh dalam nahas helikopter di Sarawak ketika kempen pilihan raya negeri pada Mei 2016. – 14 Ogos, 2017.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA