Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, July 31, 2017

ZAHID - MAHATHIR DAN JPN SIAPA TERPERANGKAP?

 
Saya telah membuat laporan polis pada jam 10:46 malam tadi di ibu pejabat polis dang wangi, kuala lumpur terhadap yab dato seri zahid hamidi (timbalan perdana menteri) dan ketua pengarah jabatan pendaftaran negara yang telah menyalahguna kuasa  di bawah Personal Data Protection Act.

Yab timbalan perdana menteri serta ketua pengarah jabatan pendaftaran negara tidak menghormati undang-undang sepertimana tertakluk di bawah perlembagaan persekutuan negara.

Tindakan jahat mereka berdua yang menggunakan data peribadi yabhg tun dr mahathir mohamad pada pentas politik secara terbuka adalah jelas bercanggah dengan akta perlindungan data peribadi.

Sebagai timbalan perdana menteri yang menjawat jawatan menteri dalam negeri; beliau  tidak sepatutnya bertindak secara kebudak-budakan sedemikian rupa!!

Malahan tindakan yab dato seri zahid hamidi dengan ketua pengarah jabatan pendaftaran negara ini adalah keterlaluan kerana mereka berdua sepatutnya memahami dan menghormati keluhuran undang-undang negara.

Data-data peribadi warganegara malaysia tidak boleh dipersendakan atau dizahirkan kepada umum khususnya di dalam proram politik.

"Ini IC biru dia dulu. Nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty.
Nombor IC biru dia […] Ini yang dihantar oleh ketua pengarah
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)." - Zahid Hamidi
Ini juga menunjukkan yab timbalan perdana menteri malaysia dan ketua pengarah jabatan pendaftaran negara bersikap  samseng serta meletakkan undang-undang di tangan mereka sendiri!!

Ketua setiausaha negara (KSN) harus mengambil tindakan tatatertib terhadap ketua pengarah jabatan pendaftaran negara yang telah menyalahguna data peribadi yabhg tun dr mahathir mohamad bagi kegunaan program politik.

Secara etikanya, seorang penjawat awam tidak boleh berkonspirasi dengan orang politik untuk salahguna data peribadi yang tertakluk di bawah akta perlindungan data peribadi.

Pihak penguatkuasa undang-undang negara mesti siasat yab timbalan perdana menteri dan ketua pengarah jabatan pendaftaran negara secara telus, adil serta saksama bagi melindungi hak seseorang rakyat itu.

Ini merupakan perbuatan jenayah yang disengajakan dan tidak harus berulang kembali kerana ianya bakal menghakis keyakinan rakyat pada institusi-institusi kerajaan.

Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Koordinator
Deklarasi Rakyat
1 Ogos 2017

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA