Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, July 28, 2017

NIK AMAR - PAS TEMPAH MAUT



Kenyataan Naib Presiden Pas 'bunuh' Pas KUALA LUMPUR - Kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berhubung isu meletakkan calon bertanding di Permatang Pauh hanya membunuh parti itu sendiri. 

Bekas Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan itu menunjukkan Pas seolah-olah mahu bertanding di semua kerusi pembangkang. 

“Ini kenyataan angkuh daripada Pas yang membina persepsi pengundi. Mereka mengaku sebagai pembangkang, tetapi mereka enggan berunding dengan rakan pembangkang lain, tak boleh bertolak ansur dan mahu membolot semua kerusi.

 “Akhirnya pengundi jemu dengan Pas dan putus asa sokong parti tersebut kerana menunjukkan kecenderungan kepada Umno. Saya yakin ahli Pas, bukan sahaja pengundinya, sebahagian besar beralih arah,” katanya.

 Mahfuz berkata, kenyataan Mohd Amar juga beri nafas kekuatan kepada Pakatan Harapan untuk menang walaupun terpaksa berdepan pertembungan tiga penjuru. 

“Kalau Pakatan Harapan bertemu Umno dan Pas pada PRU14, saya yakin Pakatan Harapan akan menerima kemenangan mudah. 

“Kebimbangan Pakatan Harapan adalah satu lawan satu dengan Pas jika parti ini mempunyai kerjasama Umno secara tidak langsung. Ia akan menggabungkan dua pengundi tegar yang boleh menjejaskan parti,” katanya.

 Beliau turut ingatkan Pas agar tidak lena dibuai mimpi indah berdasarkan keahlian parti yang ramai. 


“Jangan lihat jumlah ahli dan jangan tengok jumlah kehadiran perhimpunan kerana itu bukan faktor kemenangan,” katanya. -sinarharian

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA