Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, May 21, 2017

ISU TAMPAR MAT OVER - YG MANA BENAR?


 PETALING JAYA: Pelawak, Afdlin Shauki hari ini menyalahkan Datuk Rosyam Nor atas kejadian tampar yang berlaku dalam Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama perdana menteri yang dipengerusikannya semalam.

 Beliau turut mempersoalkan tindakan pengacara memburukkan keadaan dengan kenyataan “dia ni memang kurang ajar” yang merujuk kepada penerbit filem, Datuk David Teo yang ditampar pelakon veteran, Sulaiman Yassin atau Mat Over.

 “Pada saya, yang paling bersalah adalah moderator yang tak mengawal keadaan dengan baik. Lepas tu satu Malaysia dengar audio dia cakap kat PM ‘dia ni memang kurang ajar Datuk Seri’.

 “Apa tujuan memburuk-burukkan keadaan? Bukankah lebih baik sekadar meminta maaf atas kelakuan anak-anak seni yang terlalu nak menonjolkan diri,” tulisnya di Instagramnya hari ini.

Dialog TN50 bersama Datuk Seri Najib Razak yang berlangsung malam tadi kecoh selepas Mat Over menampar Teo di depan perdana menteri.

 Insiden itu berpunca daripada Teo meminta Rosyam memberi peluang kepada hadirin di barisan belakang untuk mengajukan soalan kepada Najib, sebelum Mat Over tiba-tiba muncul dan menampar Teo ketika Rosyam membuka ruang kepada penerbit itu untuk tanya perdana menteri.

 Pada masa sama, Afdlin menggesa Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi mengambil tindakan terhadap Rosyam yang kelakuannya disifatkan memalukan dan mengaibkan penggiat seni.

 “Sudahlah memang orang kurang respect pada orang dalam industri ini…kelakuan yang memalukan ini lebih mengaibkan kita. Zed Zaidi kena ambil tindakan,” katanya.


Lempang tak pernah berlaku di era saya, kata Dr M

Mahathir

Insiden serangan terhadap pengarah filem David Teo pada sesi dialog TN50 malam Rabu lalu telah memalukan rakyat Malaysia di seluruh dunia, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Bercakap secara langsung kepada pengguna internet di Facebook hari ini, Mahathir berkata dalam era Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, orang yang bercakap dan bertanya soalan akan mendapat susah.

"Pertama (isu) macam ini tak pernah berlaku dahulu pada saya, atau PM lain sebelum saya. Ini berlaku di zaman Najib kerana semua benci terhadap pemerintahan Najib, tetapi apabila mereka cakap, mereka akan menghadapi masalah. Surat khabar ini ditapis sehingga tidak ada news lagi, demikian juga dengan TV3 dan lain-lain lain.

"Sebab itu bila ada peluang untuk mereka bercakap, mereka cuba, dan inilah kesan dan hasil percubaan untuk bercakap benda yang benar, tanya soalan pun tak boleh, kena pukul.

"Saya tak tahu Mat Over siapa dia, tetapi sepatutnya selepas dia lempang sekali itu, dipisahkan. Tapi saya nampak banyak orang (bersorak) pukul si David Teo, ini memalukan kita di seluruh dunia, perkara ini berlaku di depan PM.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu kemudian mencabar Najib untuk mengadakan dialog lain.

"Kalau dia berani adakah lagi, buka kepada semua orang, kita nak tengok orang takut lempang atau tidak," katanya. -mk

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA