Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, April 7, 2017

RUU355 - RUMAH SUDAH SIAP PAHAT PUN BERBUNYI....


  Akibat terlalu gembira, Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan tidak dapat menahan air matanya dalam persidangan Dewan Rakyat apabila usul untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU355) berjaya dibentangkan hari ini.

 Melalui rakaman siaran langsung di parlimen, Nasruddin yang duduk di belakang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat beberapa kali membuka kaca mata bagi mengelap air mata.

Beliau ketika ditemui pemberita ketika sesi rehat selepas itu melahirkan rasa syukur apabila usul itu akhirnya berjaya dibentangkan oleh Hadi.

“Pada saya bila mereka (anggota parlimen bukan Islam) ada peluang mendengar, itu pun sudah besar ertinya (untuk PAS) dan mereka boleh berfikir dengan betul.

“Sebelum ni mereka tak dengar lagi sebelum buat pelbagai rumusan dalam keadaan mereka tak dengar apa yang kita cakap, apa yang Islam nak,” katanya sambil tersenyum.

Beliau yang juga anggota parlimen Temerloh berkata PAS membentangkan usul itu bukan untuk mencari undi politik, sebaliknya mengangkat syariat Islam.

“Saya mengharapkan mereka menilai dengan hati terbuka dan mereka lihat bagaimana keadilan Islam,” katanya.

Tuan Ibrahim: Hari bersejarah

Sementara itu Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut hadir ke parlimen turut menyifatkan hari ini merupakan hari sejarah kepada parti Islam itu.

“Alhamdulillah saya syukur dan saya yakin ahli-ahli PAS sujud syukur kerana ia dibentang dan tinggal doa untuk berjaya.

“Hari ini hari yang berjaya, semoga Allah mudahkan urusan,” katanya di parlimen hari ini.

Tuan Ibrahim bagaimanapun membidas sikap DAP yang pada mulanya cuba menghalang usul itu daripada dibentangkan.

“Ini sikap yang tak demokratik. Sepatutnya beri ruang untuk bahas kemudian buka kepada pengundi. Tak boleh sekat usul.

“Saya fikir tindakan DAP rakyat boleh nilai apa yang mereka buat tak sepatutnya berlaku oleh anggota parlimen. (Bila) dengar penjelasan ini dan kekeliruan dapat di hindar,” katanya. ~ SUMBER

Komen Nettizen : 

Muhammad Syafiq Azmi : MP Pas kata mereka terkejut dengan keputusan penangguhan sidang petang tadi yang dibuat speaker Dewan Rakyat. Terkejutnya mereka sehingga diam kaku dan tidak bangun memohon penjelasan atau bantahan. Terkejutlah sangat.

Ahmad Dhuha Sobri : Ada yg kata MP DAP cuba halang Hj Hadi, aku ikuti persidangan dari pagi tadi.. Semasa pembentangan Hj Hadi, dan Ucapan menyokong MP Kota Bharu, takda sorang pun MP DAP bangun membantah.. dan ganggu ucapan Hj Hadi, malah depa tak peduli pun dgn YB Takiyuddin berucap..

LKS rasa nya takda dalam dewan masa ucapan MP Kota bharu.. yg Gobind dan LKS bangun tu mempertikaikan peraturan dewan dan Speaker.. pertama Gobind kata, kalau kes 1MDB tak boleh di bahas di Parlimen sebab kes Mahkamah kenapa RUU 355 yg di saman semalam, boleh di bahas..

LKS pula mempertikaikan RUU 355 sepatutnya di bawa Menteri dan Kerajaan..Bukan Hj Hadi.. Hj Hadi takda kelayakan, memang betul pun..memang sepatutnya RUU 355 di bawa Kerajaan..apa masalahnya..?

 LKS tak bertekak dgn Hj Hadi pun.. yg jadi kecoh tu bila MP BN buat Provokasi.. kalau sapa ikuti Sidang Parlimen, mempertikaikan peraturan dewan dan Usul Kerajaan sekali pun perkara biasa.. Tiba2 walaun kata itu kerja2 menentang RUU 355, Yg Tangguh selama ni Hj Hadi dan Speaker yg kerja depa baca skrip UMNO....

Mohd Hilmi Bin Radzuan : YB Khalid Samad awal-awal lagi dah tanya speaker adakah semua akan dapat peluang untuk bahas, speaker jawab tunggulah bila tiba masanya nanti lepas YB Takiyuddin habis. Tup tup speaker pegi tangguh, mahu tak melenting kawan tu dah 3 kali sidang dah, hujjah semua dah ready tapi tiba-tiba tak bagi bahas...

Rosli Abdul Rahman :Patut bangun bantah mengapa perlu tangguh.teruskan perbahasan..bukan menangis....😊😊😊😊

Razali Alias feeling funny.: Mcm mana ana tak menangis??? 2x ana tangguh...Kali ini baru dpt bentang! Sape yg tak terharu??? #Selepas Speaker tangguhkan perbahasan, baru ana mampu TERSENYUM...😂😂😂

Wfauzdin Ns : Tak baik ustaz2 berbohong. Skrg zaman IT, bkn boleh tipu. Atau, mmg kedua2 ustaz ni tak menonton sidang ptg tadi kot?

Bgaimana kita nak tuduh org lain menentang sdgkan nak bahas pun tak boleh, apatah lagi mengundi sokong atau tidak?

Sepatutnya wakil Pas yg paling lantang mmbantah kputusan Speaker menangguhkan perbahasan kerana ianya akan melambat2kan penguatkuasaan RUU tersebut. Mengapa semua wakil Pas membisu bila Speaker menangguhkan perbahasan sdgkan RUU yg lain seblm ini dibahaskan sampai ke awal 3 pagi?

Mngapa bila masuk RUU Akta 355 ianya menjadi tak serius atau tak penting? Kenapa wakil2 Pas tak bersama wakil2 dari PH menuntut Speaker teruskan dgn perbahasan? Cepat bahas, cepat selesai dan semakin dekat utk dilaksanakan. Itu pun kalau kjaan tak kencing lagi.

Terbukti lebai2 ni tak tau apa2. Yg mereka tahu tuduh org lain atas kelemahan mereka. Sbb itu kita bertambah yakin mmg RUU ini hanya modal politik semata2. Tak bersungguh dan serius. Harap kedua2 ustaz ini tonton balik sidang parlimen ptg tadi dan lihat sendiri siapa yg bersungguh2 mahu bahas.

Jika benar nak suruh pengundi2 tolak, pas patut tunjuk contoh dulu. Pas wajib tolak dari bkerjasama dgn Dap dan Pkr dlm kjaan Sgor terlebih dahulu. Jgn hipokrit !

Kedua2 ustaz ini lupa bahawa Umno adalah juara drama ini dan Pas jadi mangsa buli mereka.

Misai Merah : Pernah dengar alkisah pak kadok sabung ayam? Ayam raja menang dia yang lompat sakan Begitulah jadinya

Zul Mohamed : Speaker Dun Kelantan tak izin Husam tanya MB. Speaker Parlimen tak benar PH bahas Ruu355. Umno = Pas

Khairudin Damhoeri ; Speaker Dewan Negara & Speaker DUN Kelantan -- SAMA STANDARD. Penakut dengar hujah pihak lawan. Tandus jiwa demokrasi. Laksana perlawanan boleh sepak, tiup saja wisel mula, bukan setakat satu puak habis lari keluar padang, hinggakan refree pun turut lari lintang pukang. 😀 Bila nak habis game?

Ketawa Mat : KAHKAHKAH.. Inilah dia rupa kesepakatan Penyamon & Pengkhianat.. Sorang Penjual bangsa..sorang penggadai agama.. Sorang tukang bentang..Sorang tukang tangguh..Mcm cilakaa.. KAHKAHKAH..

Wan Mohamad Desah : Pindaan RUU 355 ini jelas permainan politik antara PAS & BN yg didalangi Speaker dan Menteri yg berkenaan. Kabinet dikatakan sebelum ini tdak bersetuju dan kerajaan takkan bawa, tiba2 dibenarkan juga dibawa walaupun usul ini subjudis di Mahkamah.

Beberapa RUU yg sepatutnya dibentangkan hari ini kesemuanya diketepikan dlm aturan mesyuarat untuk mmberi laluan kepada pindaan RUU 355 ini.

Bila Speaker beri laluan untuk diusul, kenapa ditangguh lagi, sedangkan Parlimen sebelum ini pernah bersidang sehingga jam 4 pagi bagi meluluskan Akta APA, Akta SOSMA, POTA dan lain2.. Tetapi RUU 355 ini ditangguh pada waktu terakhir hari persidangan kepada sidang Parlimen yg akan datang.

Jelas mereka sengaja memperolok - olokan agama dan rakyat demi survival politik.

Rahim Hussin : Sekalian beberapa kali ditipu dan dikencing dalam isu yang sama tapi syabas pada walaun tetap istiqomah pada tuang presidengnya. Ini membuktikan walaun masih kekal duduk dalam perigi buta. RUU sudah jadi kepentingan politik oleh individu Najib dan Hadi. Selepas ini akan ada lagi himpunan raksasa...raksasa...raksasa. Najib dan Hadi terpaksa guna speaker parlimen untuk kepentingan politik.

Azan Rasul : KUALA LUMPUR, April 6 — Barisan Nasional had already decided that they would allow PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang’s private member’s bill to be tabled but not debated, party leaders confirmed today.

MIC president Datuk Seri Dr S Subramaniam said the decision to postpone the debate for the Shariah courts (criminal jurisdiction) amendment bill had already been made during the previous BN Supreme Council meeting.....

Zul Mohamed: MP PH bangun bantah speaker kerana tangguh bahas. Tup-tup dikata PH bantah RUU355. Gila ka ?

Muhammad Vairun : Aku dh cakap dulu, Ruu355 hanya mainan politik menjelang PRU14. Tak lebih dari tu.

Mohd Ropi Mat Sin : Kepada walaun yang tak menonton persidangan tadi... Fikir dan renung, Mengapa ketika tuang speaker angkat punggung menangguhkan persidangan wakil rakyat PAS diam membatu, yang menjerit meminta dibahas dan menjerit takut, takut kepada speaker adalah dari PH, Mengapa?

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi : Aku yakin, jika usul pindaan Akta 355 dibahas, banyaklah tembelang Umno dan Pas yg akan terburai. Jalan selamat, tangguh sidang.

Dr Mujahid Yusof Rawa: Hari terakhir terburok di parlimen hari ini, Marang bentang RUU355, KBharu bahas sokong. Kami 9 MP dari PH menanti untuk berbahas namun Pandikar tutup persidangan dengan penangguhan! Segala hujahan Marang tentang ada orang Islam yang menentang serta kononnya bukan Islam campurtangan hal orang Islam malangnya tidak dapat dijawab secara objektif dalam hujahan kami. RUU 355 kekal ditunggangi pentaksob dan pelaris agama!

1 comment:

  1. Puak kafir harbi dan munafik yang dipimpin oleh pemimpin Roket sangat jelas telah menghina, memfitnah dan memusuhi agama Islam dan menafikan hak umat Islam untuk mengamalkan ajaran Islam di negara ini.

    Sikap perkauman dan cauvanis puak kafir harbi dan munafik liberal yang memusuhi agama Islam dan umat Islam menjadi semakin jelas apabila mereka meroyan sakan tahap 4 menentang pindaan undang-undang Syariah dalam parlimen.

    Hanya keldai buta, pekak, bisu dan dungu sahaja sokong puak kafir harbi dan munafik liberal !

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA