Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, April 15, 2017

RAKYAT MAKIN KELIRU - PERANG MULUT ULAMA...


KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA)  mahu Mufti Wilayah Persekutuan letak jawatan kerana mendakwa banyak mengeluarkan fatwa dianggap remeh termasuk larangan mengutip derma semasa solat Jumaat baru-baru ini.
Zamihan Mat Zain Al-Ghari berkata, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri sepatutnya membawa perkara yang lebih besar terutama melibatkan umat Islam.
“Kita sedihlah mufti macam ni. Dia (Zulkifli) tak rujuk Akta Petadbiran Wilayah Persekutuan 1993.. tak payah jadi muftilah letak jawatan daripada jadi mufti.
“Mufti apa nak buat ribut-ribut kepada masayakat, mufti apa nak kecoh pasal benda kecil ini. Mufti ni patutnya kerja dia memimpin umat ke jalan yang benar,” katanya kepada Malaysia Gazette hari ini.
Beliau berkata demikian merujuk kepada fatwa terbaharu Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan yang melarang kutipan tabung bergerak di masjid-masjid ketika khatib sedang berkhutbah semasa solat Jumaat.
Zamihan menegaskan, fatwa itu mengarut dan menyeleweng dan menyifatkan jawatankuasa perundingan syarak yang mengeluarkan ketetapan itu tiada integriti dalam meletakkan hukum syarak.
“Mereka bawa tiga dalil hadis untuk mengesahkan perlakuan (menggerakkan tabung kutipan) itu haram. Sepatutnya nak letak dalil hukum syarak perlu bawa dalil dari al-Quran dulu, baru boleh kata wajib atau haram.
“Ini mereka tidak bawa pun dalil al-Quran tapi hanya bawah dalil hadis saja. Itu tiada integriti dalam fatwa namanya,” katanya lagi.
Zamihan berkata, meskipun jemaah solat Jumaat sering diingatkan agar tidak bercakap walau mengingatkan saudaranya mengenai perkara itu sekali pun namun tidak sesekali syarak mengatakan bahawa solat Jumaat mereka itu tidak sah atau tidak mendapat pahala.
Sebaliknya kata beliau, jemaah itu hanya tidak mendapat pahala terhadap kesempurnaan dalam mendirikan solat Jumaat sahaja.
“Kutip derma itu untuk masjid juga dan untuk kepentingan umat Islam. Tidak ada ijmak ulama yang mengatakan perkara itu (mengutip derma ketika khutbah Jumaat) sebagai haram. Mereka hanya buat analogi yang kabur,” ujarnya.
Baru-baru ini, JAWI mengeluarkan arahan melarang kutipan tabung bergerak di masjid-masjid ketika khatib sedang membaca khutbah Jumaat.
Ketetapan larangan itu diputuskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-100, yang bermesyuarat pada 27 Februari lalu di Putrajaya.
Surat arahan yang turut disahkan Mufti Wilayah Persekutuan, merangkap pengerusi mesyuarat jawatankuasa berkenaan diputuskan selepas merujuk ketetapan termasuk yang dibuat Jabatan Mufti Johor.  – MalaysiaGazette
Zamihan melalui video kira-kira 10 minit di Facebooknya berkata Asri dan Zulkifli ‘Mufti Sembrono’.
Zamihan antaranya menyifatkan Asri bermulut celupar, terutamanya apabila dikata mengeluarkan kritikan terhadap penahanan bekas mahasiswi Universiti Malaya (UM) Siti Noor Aishah Atam.
Zulkifli pula dipertikai susulan pandangan bahawa haram mengutip derma semasa khutbah solat Jumaat, yang berbeza dengan fatwa-fatwa negeri lain.
Malaysiakini telah cuba mendapatkan reaksi ketika-tiga tokoh agama di atas tetapi belum berhasil.

1 comment:

  1. Beginakah caranya para ulama melayu yang perpendidika agama mengeluarkan kenyataan bukannya nya untuk menyatukan ummah tapi sebaliknya yang berlaku beginikah cara yang para ulama mahu para jemaah yang kurang arif dalam hal agama mahu metaati para penyambung seruan junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w baru ada sedikit kuasa yang boleh bercakap telah menunjukan keangkuhan diri dengan merendahkan kredibiliti ulama yang yang bukan dalam agam islam mencemuh atau merendahkan harga diri sesaorang lain tidak digalakkan dalam agama islam tapi ini bukannya saj amenjatuhkan maruah ulama yan g lain tapi telah mengunakan pula hadith dan dalil untuk menegakkan kebenaran diri kita bukankah dalam islam itu hadith dan quran itu sama saja dalam islam sebabnya hadith juga bukan sebarang ungkapan dari seorang hamba Allah tapi dari mulut hamba yang menjadi pesuruh Allah bertaubatlah wahai para ulama yang sudah terlanjur dengan kemewahan dunia jangan nanti ulama akan jadi ular dalam semak saya bukan nak membela sesaipa tapi inilah kenyataan hari ini para ulama sangat suka menjatuhkan para ulama yang tidak sehaluan dengan apa yang kit mahukan wallahu'aghlam

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA