Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, April 5, 2017

PAS PAS, TIDAK AKAN BERSAMA PAKATAN HARAPAN.


Kemelut politik PAS dengan Pakatan Harapan (HARAPAN) semakin serius sehingga menyukarkan peluang mereka untuk kembali bersama-sama sebagai sebuah barisan parti pembangkang yang kuat seperti sebelumnya.
Malah, hubungan PAS - yang diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang - dengan Umno hari ini semakin kelihatan bertambah mesra, sekaligus memperlihatkan wujudnya bibit-bibit kerjasama politik antara kedua-dua parti Melayu-Islam berkenaan.
Kemesraan ini boleh dilihat menerusi kesediaan Umno menyokong rang undang-undang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali juga dengan Akta 355, pelancaran misi Flotila ke Myanmar, perhimpunan menyokong Rohingya dan Multaqa al-Azhar pada 2015.
Oleh demikian, HARAPAN hanya ada satu pilihan saja iaitu memobilisasi gerakan mempengaruhi ahli-ahli PAS untuk menggulingkan Abdul Hadi sebagai presiden parti mereka.
Sekiranya Abdul Hadi berjaya digulingkan, posisi presiden boleh dipangku sementara oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang lebih mesra parti pembangkang berbanding Abdul Hadi.
Dalam hal ini, ahli-ahli PAS yang tidak bersetuju dengan kepimpinan Abdul Hadi yang mesra Umno boleh mendesak beliau melepaskan jawatan dan mengheret isu tersebut ke dalam muktamar yang bakal diadakan pada April nanti.
Malah, satu pertiga Anggota Jawatankuasa Pusat PAS atau perwakilan yang hadir ke Alor Setar nanti boleh mengusulkan satu muktamar khas diadakan bagi membincangkan tindakan Abdul Hadi yang mula menjalin hubungan dengan Umno.
PAS perlu mengakui, bukan semua ahli PAS bersetuju dengan tingkah laku Abdul Hadi dan mereka boleh mencontohi tindakan perwakilan muktamar PAS ke-28 pada 23 Oktober 1982.
Ketika itu mereka bangkit mendesak Tan Sri Asri Muda untuk melepaskan jawatannya sebagai Yang Dipertua Agung PAS. Jika laungan ‘marakbar Asri’ (mampuslah Asri) oleh perwakilan pada ketika itu berjaya menjadi pencetus desakan menggantikan beliau, tidak mustahil ‘marakbar Hadi’ boleh dilancarkan ahli-ahlinya sebagai jalan untuk mendamaikan dan memperkukuhkan semula PAS dengan barisan parti pembangkang.

MOHAMMAD TAWFIK YAAKUB seorang penyelidik dari Universiti Malaya.
Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

2 comments:

  1. Pakatan mana yang mahu mendukung biawak hidup ni? Masyarakat memandang PAS sebagai pengkhianat yang tidak mematuhi janji terhadap undi yang diberi mereka dalam PRU13. Tunggulah semua ahli PAS diganti dengan generasi yang baru, mungkin selepas itu kita boleh nilai semula hubungan. Untuk 15 tahun mendatang diharapkan jauhi PAS atas pengkhianatan yang mendatangkan fitnah yang buruk kepada Islam.

    ReplyDelete
  2. Muktamar PAS April ini sepatutnya pewakilan mengusulkan supaya Hadi memberi satu penjelasan yang lengkap tentang hubungan dan maksud kerjasama dengan UMNO. Usul ini adalah seiring dengan usul mengkaji semula hubungan dengan pembangkang.

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA