Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, April 11, 2017

MEMBAHASKAN RUU355 - Rafizi Ramli


Saya dan 14 orang Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang lain akan menyertai satu program yang disiarkan secara #LiveFB bagi memberi ruang kepada Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan membentangkan hujah-hujah kami membahaskan cadangan pindaan RUU355 yang dibawa Ahli Parlimen Marang. 

Ini berikutan tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menghentikan perbahasan secara tiba-tiba untuk menutup ruang Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan membentangkan pandangan dan hujah kami mengenai usaha memperkasakan mahkamah syariah. 

Akibat dari tindakan beliau itu, selama beberapa hari berlaku kekeliruan di kalangan sesetengah rakyat yang termakan dengan muslihat politik Dato’ Seri Najib Tun Razak yang ingin menampakkan kononnya Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan memusuhi Islam. Gejala ini merumitkan suasana harmoni di antara rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini. 

Oleh itu, saya menjemput semua rakyat Malaysia mengambil peluang untuk mengikuti hujah-hujah perbahasan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan mengenai langkah-langkah memperkasakan mahkamah syariah seperti berikut: 




No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA