Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, April 10, 2017

BENTANG TANGGOH, BENTANG TANGGOH... APA KESUDAHANNYA?

 
Sesiapa yang tengok sidang parlimen baru ni, ketika Haji Hadi membentangkan usul persendirian untuk meminda RUU355, cuba ingat balik betapa hebatnya ucapan Haji Hadi walaupun dengan suara terketar-ketar dan wajah terpinga-pinga, seperti sedang mengingat-ngingat skrip yang perlu dipatuhi, tetapi nampak kebanggaan pada dirinya kerana telah berjaya melakunkan sandiwara itu dengan baik.


Perlu diingat, bahawa sebelum bentang pun Haji Hadi sudah tahu tidak ada perbahasan.... Skripnya memang begitu.... MP PAS tahu dan MP BN pun tahu... Speaker lebih tahu... Semua ini telah diatur. .

Bahkan, pagi itu Haji Hadi datang ke parlimen naik satu kereta dengan Zahid Hamidi...! Orang-orang penting PAS yang bukan ahli parlimen pun ramai yang datang ke parlimen hari itu, termasuk Satiful Bahri PJ PAS Terengganu, sehinga bergema laungan takbir di perkarangan parlimen; padahal sehari sebelum hari terakhir sidang itu, Usul RUU355 berada di nombor 16.... .

Selepas Haji Hadi bentang usul, Takiyudin pun bangun menyokong.... Bukan setakat menyokong, dia menyampaikan syarahan yang panjang lebar.... Rupa-rupanya, sebelum Takiyudin bangun menyampaikan khutbah menyokong usul Hadi itu, banner untuk menyambut Takiyudin yang diberi gelaran wira RUU355 telah siap...!! Apa makna semua ni...? Bukankah kerana semua ini telah diatur dan perlu dilakunkan sahaja dalam parlimen...?.

Apa yang paling ditakuti oleh semua MP PAS dalam parlimen tentang usul pindaan RUU355 ialah sessi perbahasan.... Wakil Rakyat PAS sangat tahu akan kelemahan Haji Hadi dalam berbahas.... Rupanya selama ini mereka mengambil masa untuk memikirkan bagaimana cara nak bentang usul RUU355 tapi tak mahu perbahasan..... Maka, itulah yang memerlukan rundingan di belakang tabir dengan Najib dan speaker dewan..

Sejak Zahid Hamidi baru dilantik jadi TPM dulu lagi, Harun Din telah pergi berjumpa Zahid dan memintanya mempengaruhi speaker supaya usul RUU355 dapat dibentangkan.... Katanya, bentang saja pun tak apa, selepas bentang baru fikir balik macam mana nak laksanakan, yang penting bentang saja dulu, cukuplah..... Zahid tanya, kenapa PAS nampak macam terdesak sangat dengan RUU355 ni...? Harun Din berikan 2 sebab... Pertama, senang nak menjawab dengan penyokong PAS di peringkat bawah bila mereka tanya apa usaha PAS untuk melaksanakan hudud.... Yang kedua, kita tak nak kena hentam dengan parti baru ni (Amanah) pasal hudud......... Inilah yang berlaku sekarang.

Haji Hadi bentang usul untuk meminda RUU355.... Sepatutnya dibentang sajalah, dan tujuan dibentangkan sesuatu usul sepatutnya untuk mendapatkan persetujuan majoriti ahli parlimen bila dilakukan undian, selepas dibahaskan..... Tetapi Haji Hadi bentang usul dengan memberi amaran berupa ugutan bahawa ini adalah urusan orang islam, orang bukan Islam jangan masuk campur.... MP UMNO pun pakat tepuk meja tanda menyokong ucapan Hadi itu..... apa benda ni...?

Seperti yang saya katakan, MP PAS akan sedaya-upaya untuk menghalang atau mengelakkan Hadi disoal oleh MP lain, terumatama DAP dan Amanah.... Selesai Hadi bentangkan usul, menurut skripnya, speaker akan tanya ada sesiapa yang menyokong, maka Taqiyudin pun bangun membaca skrip yang telah ditulis awal-awal, memberi syarahan yang panjang lebar, dan dapat mengheret masa supaya speaker terus menangguhkan sidang selepas itu.

Speaker menangguh sidang seawal jam 4.00 petang, bermakna usul itu tidak dibenarkan untuk dibahaskan... Perlu diingat, sehari sebelum itu persidangan dilangsungkan sampai jam 5.00 pagi....

. Ketika MP DAP dan Amanah mempersoalkan tindakan speaker, MP PAS dan MP BN hanya tersengih-sengih mempersendakan MP yang membantah speaker.... Dan Haji Hadi hanya duduk diam dengan muka bangga kerana tidak perlu perbahasan, jadi Hadi merasakan dia telah menang.... Semua orang PAS berasa mereka telah memenangi game ini, dengan kerjasama UMNO.... RUU355 seperti satu pertandingan pada mereka, pertandingan siapa yang lebih licik dan lebih pandai menipu....!

Sekumpulan pemuda berbaju purple berkumpul sambil merentangkan sepanduk 'Selamat Pulang Dato Taki - Wira RUU355'...... O'aloh... entah apa-apa.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA