Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, April 6, 2017

Akta 355 - TAHNIAH PAS....




Oleh ASLANI M

USAHA DAP dan pihak tertentu menghalang anggota parlimen Marang Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat penghuraian mengenai pindaan Akta 355 di parlimen hari ini tidak menjadi kenyataan.




Penentangan terbuka DAP terhadap usaha memperkasakan Mahkamah Syariah begitu terserlah kali ini, memberi kesimpulan baru kepada pengundi pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi.

Cubaan tentangan itu dizahirkan Penasihat DAP Lim Kit Siang dengan dibantu tiga lagi anggota parlimen itu Gobind Singh Deo (DAP-Puchong), dan Dr Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) dan Gooi Hsiao Loong (PKR-Alor Setar).

Sebelum itu Gobind cuba melengahkan persidangan dengan mengemukakan alasan bekas anggota parlimen Benut, Mohamed Tawfik Ismail menghantar notis kepada Speaker Dewan Rakyat menghalang usul meminda Akta 355 dibentang.

Namun Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) menjelaskan saman pemula seperti itu pernah ditolak Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Biar pun pada jam 12.30 pagi Speaker memberi kebenaran anggota parlimen Marang menghuraikan usul tersebut, namun tetap diganggu anggota parlimen DAP dan PKR tersebut.

Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika membuat keputusan menegaskan parlimen lebih berkuasa berbanding dengan mahkamah seperti amalan di negara-negara Komanwel (Commonwealth).

Menurut beliau sekiranya mahkamah lebih berkuasa berbanding parlimen, tidak ada usul yang dapat dibentang di parlimen apabila ada saman pemula.

Beliau juga berkata, pindaan yang dibawa anggota parlimen hanya melibatkan pindaan terhadap Akta 355 dan bukan perkara baru.

Biarpun penjelasan demi penjelasan diberi namun anggota parlimen terbabit masih lagi berdegil sehingga Speaker memberi arahan.

“Sesiapa yang berdiri saya akan keluarkan,” ujar Speaker ketika suasana agak tegang seketika.

Bagaimanapun anggota parlimen pembangkang lain menyepi biar pun ada antaranya cuba bangun seperti mahu membantu.

Ketua Penerangan Muslimat PAS Kelantan Mumtaz Md Nawi menyifatkan PAS akan menjadi pelakar sejarah dengan membawa RUU persendirian bagi menambah kuasa Mahkamah Syariah biar pun hanya mempunyai 14 ahli parlimen.

Katanya juga perbahasan RUU 355 dan pengundian hari ini akan menentukan sama ada ahli-ahli Parlimen Islam akan membuat “political decision” atau  “Islamic  decision”.
“Ia juga dapat melihat ahli–ahli parlimen bukan Islam sama ada berani mengundi untuk membawa aspirasi orang Islam yang menjadi pengundi mereka pada pilihan raya umum lepas.

“Adakah RUU 355 akan menjadi medan pengundian agenda politik atau survival politik,” katanya.

Manakala bagi pengamal undang-undang syariah dan umat Islam ia menjadi penentu terhadap masa depan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan kes-kes jenayah syariah di seluruh negara.

Mumtaz yang juga anggota Exco kerajaan Kelantan berkata, selama 33 tahun umat Islam di Malaysia menunggu penuh debar melihat wakil rakyat yang dihantar ke Parlimen benar-benar mewakili aspirasi rakyat-H/daily 

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA