Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, March 31, 2017

PAS - KENYATAAN ZAHID HANYA SATU OPTION



Akta 355: PAS jelaskan UMNO tak tipu KUALA LUMPUR – PAS menafikan parti itu ditipu oleh UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan kerajaan tidak akan membentangkan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) di Parlimen. 

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan menjelaskan, kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi iaitu kerajaan yang mungkin akan membentangkan pindaan akta tersebut di Dewan Rakyat baru-baru ini cuma satu “option” bagaimana ia akan dibentangkan di Parlimen.

 Justeru, katanya, PAS tiada masalah dengan pengumuman Najib semalam dan wakil PAS akan menjadi pihak yang membentangkan pindaan Akta 355 di Parlimen bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah di negara ini melalui Rang Undang-Undang Persendirian (RUU) 

“Kedua-dua menjadi “option” yang boleh dipertimbangkan. PAS tidak masalah siapa yang mahu membentangkannya. Apa yang penting Akta 355 mesti berjaya dipinda. Kerajaan tidak jadi mengambil alih pembentangan itu mengembalikan format asal tanpa merosakkan sesuatu,” jelasnya dalam satu kenyataan media hari ini. 

Nasrudin menerangkan, pada 17 Mac lalu Timbalan Perdana Menteri ada membuat kenyataan mungkin kerajaan yang akan membentangkan pindaan Akta 355 di Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-13 tahun ini. 

Jelas beliau, PAS melihat kenyataan Ahmad Zahid itu yang bermaksud ia sebagai satu “option” yang boleh diguna pakai bagi mengurus status dan format Pindaan Akta 355 di Dewan Rakyat. 

Bagaimanapun, katanya, semalam Perdana Menteri memutuskan kerajaan tidak akan membentangkan pindaan Akta 355 tersebut di Parlimen yang bermaksud memberi laluan kepada PAS untuk membentangkannya. 

“Apabila Timbalan Perdana Menteri kata kerajaan yang akan bentang Pindaan Akta 355, mereka (Pakatan Harapan) meloncat tidak ketahuan punca kononnya PAS kena kencing dengan UMNO. Setelah sekian lama PAS berusaha membawa pindaan Akta 355 ke Parlimen, sepantas kilat kerajaan “take over”. 


“Jika PAS bentang, mereka kata pula PAS diperalat oleh UMNO dan BN, kenapa tidak kerajaan sahaja yang membentangnya ke Parlimen? Bukankah UMNO menyokong maka sepatutnya BN yang bentang, bukan PAS. Pada mereka serba tidak kena,” katanya.

1 comment:


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA