Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, March 8, 2017

MENGUNDI BUKAN WAJIB......


Seramai 4.1 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi belum berdaftar sebagai pengundi setakat Februari lalu, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, 

Beliau berkata, jumlah berkenaan merangkumi pelbagai kaum yang majoritinya terdiri daripada golongan muda berumur sekitar 21 tahun.Disebabkan itu, katanya, SPR kini mengambil langkah bekerjasama dengan pihak swasta bagi menganjurkan pelbagai program dalam menarik minat rakyat untuk berdaftar sebagai pengundi, terutama golongan sasar.

“Berdasarkan statistik terkini itu, kira-kira 45% daripada rakyat Malaysia adalah golongan muda dan lebih 4 juta daripadanya tidak berdaftar sebagai pengundi dan ini adalah satu kebimbangan.

“Jika tidak berdaftar sebagai pengundi, tidak guna bercakap di media sosial (berkaitan situasi politik negara), kalau apa yang dicakapkan itu tidak diterjemah dalam bentuk undi,” katanya selepas melancarkan Kempen Pendaftaran Pengundi di Kompleks Media Kumpulan Karangkraf hari ini.

Jelas Hashim, antara faktor golongan muda tidak berdaftar sebagai pengundi kerana mereka tidak memahami kepentingan kuasa rakyat ataupun tidak memiliki kemudahan di sekitar kawasan perumahan, khususnya di luar bandar untuk berbuat demikian.
Sehubungan itu, beliau berkata, kempen 3 bulan akan digerakkan untuk mendekati rakyat yang belum berdaftar sehingga ke akar umbi bagi memberi kefahaman mengenai kepentingan menjadi pengundi.

“SPR akan tumpukan di kawasan yang rakyat sukar keluar untuk mendaftar sebagai pengundi seperti di luar bandar, selain di pusat beli-belah di bandar-bandar utama. Usaha ini bagi memastikan lebih 4 juta belum berdaftar itu dapat menunaikan tanggungjawab mereka,” katanya.

Hashim dalam pada itu meminta pengundi berdaftar lebih serius dalam menunaikan tanggungjawab kepada negara dengan keluar mengundi semasa pilihan raya diadakan.
Ini kerana katanya, peratusan keluar mengundi dalam pilihan raya hanya mencapai 75% dan tidak pernah mencecah 100% atau lebih 90%.

“Sebagai contoh semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini, hanya 68% sahaja yang keluar mengundi, mana lagi baki 32%. Disebabkan itu, kita kena serius dalam hal ini jika mahu menegakkan demokrasi di negara kita,” katanya.

Kempen Pendaftaran Pengundi selama 3 hari di Kompleks Media Kumpulan Karangkraf itu buat julung kali dianjurkan dengan usaha sama 2 badan swasta, iaitu akhbar Sinar Harian dan syarikat penerbangan tambang murah Air Asia X Berhad.

Menerusi kempen itu, Air Asia X Berhad menawarkan 1,100 tiket penerbangan percuma ke beberapa destinasi luar negara bagi rakyat yang berdaftar sebagai pengundi-Bernama 

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA