Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, March 15, 2017

FITNAH UMNO - GAGAL - UMNO MOHON MAAF.


AKHBAR Utusan Malaysia hari ini dilapor telah diperintah untuk menerbitkan satu permohonan maaf kepada Lim Guan Eng terhadap satu laporan berita yang disiarkan olehnya bersifat 'putar belit' terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Laporan yang diterbitkan oleh Utusan pada tarikh 20 Ogos 2015, adalah berdasarkan saman fitnah oleh Lim terhadap bekas Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin.


Shaik Hussein telah memanggil Lim sebagai "korup" dalam tahun 2012. Shaik Hussein kemudiannya telah disaman oleh Lim, beliau telah memohon maaf kepada Lim di hadapan hakim menyebabkan Lim menarik balik tindakan undang-undang yang difailkan sebelum itu terhadapnya.

Walau bagaimanapun, Utusan Malaysia yang melaporkan berita tersebut dengan tajuk "Guan Eng tarik balik saman Shaik Hussein" dilihat berniat jahat untuk memutar belitkan cerita dengan menghilangkan fakta bahawa penarikan saman tersebut adalah disebabkan oleh permohonan maaf.

Shaik Hussein kini merupakan ketua Umno bahagian Bagan.

Hari ini satu persetujuan penghakiman telah dicapai di antara Utusan Malaysia dan Lim di mahkamah tinggi berdasarkan tiga syarat yang saling dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Syarat-syarat tersebut adalah, satu permohonan maaf di depan Hakim, satu permohonan maaf yang akan disiarkan di halaman 2 Utusan Malaysia (Saiz permohonan maaf tersebut mestilah sama besar dengan laporan putar belit yang disiarkan sebelum ini) dalam masa 7 hari, dan sejumlah pampasan harus diberikan kepada Lim Guan Eng.

Eksekutif Perundangan Utusan Malaysia, Norzulaikah Ibrahim telah membacakan satu permohonan maaf di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Azmi Abdullah pagi ini.

Permohonan maaf tersebut dibaca seperti berikut:

"Berhubung berita bertajuk 'Guan Eng Tarik balik saman terhadap bekas Ketua Pemuda Umno negeri' yang disiarkan oleh akhbar ini pada 20 Ogos 2015 artikel tersebut sepatutnya dibawa dengan fakta bahawa:

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menarik balik saman yang difailkan tiga tahun lalu terhadap bekas Ketua Pemuda Umno negeri Datuk Dr Shaik Hussein Mydin setelah Shaik Husin menarik balik tanpa sebarang syarat dan dengan penuh kerelaan hati dakwaan rasuah yang dibuat olehnya terhadap Lim Guan Eng pada 5 Oktober 2012.

Kami memohon maaf kepada YAB Lim Guan Eng atas kesulitan yang dialami beliau ekoran daripada kekeliruan dan kesilapan fakta di pihak kami dalam penyiaran berita asal tersebut".

Kedua-dua pihak bagaimanapun enggan untuk mendedahkan jumlah pampasan yang dipersetujui untuk dibayar kepada Lim Guan Eng dalam penyelesaian saman tersebut.

Berikutan persetujuan tersebut Lim dilapor telah menarik balik saman fitnah yang difailkannya sebelum ini terhadap Utusan Malaysia berhubung laporan berita putar belit tersebut.

Lim juga turut menyaman Berita Harian (BH) di atas ketidaktepatan laporan dan berjaya mendapat pampasan wang sebanyak RM300,000. Portal BH turut menghilangkan fakta bahawa Shaik Hussein telah memohon maaf terhadap Lim.

Read more: http://www.milosuam.net/2017/03/utusan-malaysia-hari-ini-mohon-maaf.html#ixzz4bP5c3kFR

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA