Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, February 23, 2017

ANTARA RUU355 DAN RM90 JUTA

Sabtu lalu tersudahlah isu yang menjanjikan pemimpin UMNO dan PAS sepentas. Suatu tautan baru yang mesra walaupun majlis itu sudah selasai namun ia ibarat 'rumah dah siap tapi pahat masih berbunyi'.

Jadi boleh lenalah sepasang mata milik Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS. Ramai juga yang lega terutamanya pengikut PAS yang berbisik 'ramai yang datang ratusan ribu yang datang'. Itulah cerita dari Padang Merbok selepas himpunan RUU 355 atau ada yang gelar himpunan ungu menutut syariah Islam tertegak.

Yang pastinya malam himpunan tersebut suatu yang tak disangka-sangka, kelibat individu yang telah lama menghilang di pentas politik kini mulai timbul kembali. Orangnya adalah Hassan Ali wal Bugisi seperti gelaran yang diberikannya sendiri.

Siapa tak kenal dengan susuk tubuh Hassan yang pernah dipecat dari PAS suatu ketika dahulu apabila idea beliau yang mewujudkan 'Kerajaan Perpaduan' ditentang oleh ahli PAS sehingga menimbulkan rasa kurang senang Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz suatu ketika dulu. Tetapi malam himpunan itu Hassan disambut dengan laungan 'takbir' oleh peserta himpunan.

Yang menjadi tanda tanya, mengapa Hassan diberikan tempat di pentas tersebut dan atas 'stand' NGO apa Hassan diberikan tempat sebagai pemidato utama pada malam itu? Perkara ini telah menimbulkan persoalan yang lain, apakah dosa dan kesalahan Hassan telah dimaafkan oleh ahli PAS sedangkan Hassan tidak pun menyatakan kekesalan beliau?

Mungkin semua boleh tidur lena namun ada sepasang mata yang mungkin tidak boleh tidur lena. Sepasang mata yang dimaksudkan adalah milik Iskandar Samad yakni Pesuruhjaya PAS Selangor. Cakap-cakap suatu ketika dulu tindakan Hassan Ali untuk melunaskan idea Kerajaan Perpaduan adalah berdasarkan kehendaknya untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Waktu itu Hassan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor memang berharap sungguh untuk menjadi Menteri Besar di bumi yang kaya dengan hasilnya. Apakah kehadirannya di pentas anjuran PAS kali ini menimbulkan seribu kemusykilan?


Hassan yang dikenali dengan pelbagai ragam dan sikap yang berkepentingan itu akan membuatkan keresahan akan memuncak kepada 'team' Iskandar. Pastinya yang akan berasa senang adalah golongan yang dikatakan pro Kerajaan Perpaduan termasuklah Nasarudin Mat Isa 'play maker' yang hanya dikenakan tindakan displin tanpa dipecat berbanding Hassan Ali.

RUU 355 yang ditentang

Lupakan seketika soal Hassan Ali dan sekutunya. Para agamawan hari ini sibuk menyembur kata-kata hukum pada mereka yang mempersoalkan ketelusan RUU 355. Dr. Asri Zainul Abidin Mufti Perlis antara mangsa yang terbabit dalam semburan kata hukum yang dilemparkan.

Isu yang dipersoalkan bukan berlandaskan akidah hukuman tersebut, yang dipersoalkan adalah cara pendekatan yang dibawa oleh PAS dalam melaksanakan hukum syariah itu. Penentang yang lain itu saya tidak pasti apa sandaran mereka, seperti penentang yang turut sama berhimpun pada Sabtu yang lalu.

Yang dimaksudkan di sini adalah golongan agamawan atau pengiat politk beragama Islam yang mempersoalkan cara bagaimana RUU itu dibawa. Jika diselidiki dengan lebih mendalam, pembawaan RUU itu untuk dibahas di Dewan Rakyat adalah seperti sebuah percaturan.

Cara atau pendekatan yang berlangsung selama ini dilihat membuatkan pemerintah yang menindas kini sedang duduk di atas keadaan yang selesa. Kemarahan rakyat dicaturkan atau digelapkan dengan sindiket RUU 355 ini.

Apa yang menjadi pertikaian sekarang adalah berkenaan dengan 'survivor' politik UMNO untuk terus berkuasa. Bayangkan Jamil Khir boleh berceramah di atas pentas himpunan dengan memakai pakaian kesatuan umat Islam menyatakan bahawa perjuangan syariah Islam ini adalah suatu kewajiban dan ia memerlukan sokongan yang padu sedangkan pencadangnya Azalina Othman tidak hadir di atas pentas tersebut.

Lebih menyayat hati, bila mana Presiden PAS Abdul Hadi berucap seolah-olah beliau akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan misi tersebut dan umum mengetahui Abdul Hadi sudah diberikan dua kali ruang untuk membahaskan usul RUU tersebut tetapi ditangguhkan atas sebab untuk memberi kefahaman.

Nah sekarang sudah jelas. Apa yang diucapkan semasa pidato kemuncak himpunan itu dilihat seperti sandiwara. Lalu dihamburkan pula hukuman kepada ahli parlimen Islam yang jelas sasarannya pada YB dari parti Amanah.

Bagaimana kita boleh kata pinangan kita ditolak sedangkan kita belum pun masuk meminang. Belum dibentangkan lagi pun dalam Dewan Rakyat dan undian belum dijalankan bagaimana Abdul Hadi boleh menuduh ada di kalangan Ahli Parlimen Islam yang menentang.

Perkara inilah yang dikatakan pendekatan yang ditentang. Jika pendekatan sebegitu dilakukan apakah kita boleh menyatakan mereka (ahli parlimen Islam yang lain) sudah tergelincir imannya? Menolak pendekatan RUU itu bukan bermaksud menolak keseluruhan RUU itu. Bermodalkan produk RUU itu membuatkan UMNO hari ini dilihat lebih mulia dan itu suatu konsep yang salah kerana apa yang dilakukan oleh UMNO selama ini pada rakyat jauh lebih mudharat.

Secara jelasnya RUU dapat menyelamatkan UMNO untuk terus memerintah dan PAS hanya dijadikan alat untuk mencapai cita-cita tersebut. Inilah perkara yang berlaku sekitar himpunan Sabtu lalu di Padang Merbok.

Maruah yang perlu dirampas kembali




Apa pula kesan baik bagi PAS selepas peristiwa himpunan RUU Sabtu lalu? Baiknya bagi PAS adalah mereka dapat melupakan sementara maruah mereka yang telah tercemar akibat dari pembongkaran RM90 Juta yang dicanangkan oleh Dato Husam Musa.




Maruah PAS yang dikatakan telah mengambil dana yang berlaba itu perlu dituntut semula dengan mengadakan produk mulia seperti RUU 355. Inilah suatu modal PAS untuk mengelak dari membicarakan soal benar atau palsu mengenai berita RM90 Juta itu. 

Sarawak Report juga sebelum dari Husam telah mengeluarkan kenyataan bahawa wujud akaun penerimaan dana sebanyak itu dalam akaun milik individu di dalam PAS. Ternyata sehingga hari ini saman terhadap Sarawak Report tidak dijalankan dan yang terbaru bila ADUN Salor YB Husam Musa juga menyambut kenyataan tersebut tidak pun diambil tindakan.

Sehingga kini saman terhadap Husam tidak dikenakan hanya laporan polis secara berjemaah saja yang dilakukan PAS. Sepatutnya PAS harus menyaman Husam serta Sarawak Report jika mereka benar-benar berdiri di atas maruah mereka.

Tercemar sudah institusi keagamaan bila mana kenyataan RM90 Juta tidak mampu dijawab atau dicabar kesahihannya oleh PAS untuk mempertahankan maruah mereka. Hanya yang ada maklum balas memperlekehkan kenyataan RM90 Juta itu baik dari Mursyidul Amnya mahu pun Presidennya.

Itu tidak menjawab perkara pokok yang dibangkitkan. Seharusnya PAS perlu menyelesaikan segera isu yang berbangkit bukan mencari produk lain dengan mempergunakan ahli untuk mencuci najis yang kian tercemar seperti menyebut soal maruah umat Islam dalam himpunan RUU 355 Sabtu lalu.

Tahniah PAS kerana berjaya memainkan peranan penting dalam menyelamatkan 'survivor' kedua-dua parti tua di Malaysia yakni UMNO dan PAS. Usaha serampang dua mata ini boleh dikatakan berjaya untuk mengalihkan tumpuan umum serta ahli dari najis yang makin membusuk di dalam parti masing-masing.

Saya juga doakan agar Iskandar Samad dan 'team'nya dapat tidur lena dan janganlah tidur bermimpikan pidato hebat dari orang lama Hassan Ali wal Bugisi.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA