Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, December 2, 2016

UMNO TIDAK RELEVEN LAGI .......


Kesedaran pemimpin untuk membantu Melayu memang telah ada sejak negera merdeka lagi, daya fikir dan kemampuan mereka memang tidak di nafikan, kewujudan projek raksaksa seperti Felda, Felcra, Risda, Mara, ternyata memberikan satu lonjakan kepada kepentingan Melayu. Kita WAJIB mengingat daya usaha Tun Razak dengan projek tanah rancangnanya. Felda.

Tapi rasa kesedaran ini tidak kekal, kita boleh lihat sendiri bagaimana Melayu masa kini dan bagaimana TEROKnya Melayu melayari kehidupan dari kepimpinan yang rakus dan tamak. 

Cuba kita intai 2 projek dan bezakan antara Felda dan Forest City akhirnya lagu " Anak kecil main api memang menjadi kenyataan.

FELDA

Felda asalnya diwujudkan sebagai sebuah agensi persekutuan yang gunanya untuk menolong golongan miskin tegar. Konsepnya mudah, bawa golongan miskin ini ke sebuah kawasan baru sebagai peneroka, tempatkan mereka di kawasan ini dan berikan sebidang tanah untuk diusahakan.

Ini konsep yang digunakan di zaman Tun Razak dan terbukti berhasil. Peneroka akhirnya mempunyai sumber pendapatan dan dapat keluar dari kepompong kemiskinan, manakala tanah-tanah dapat dimajukan menjadi kawasan pertanian. Kemudian anak Razak datang dan dia cuba bermain dengan konsep yang terbukti tadi. Hari ini kita disajikan dengan berita Felda hilang juta-juta kerana tak ada perancangan dan salah urus.

Antara projek yang terlibat ialah khidmat Light Detection And Ranging (LiDAR) untuk penanaman semula. Sama ada data LiDAR tersebut tidak ada, atau pun kalau ada tapi tidak menepati standard, tetapi duit bayaran tetap keluar dari poket Felda. Selain dari itu, projek jalur lebar yang sepatutnya dijalankan terbantut pada tahap penyediaan blueprint yang katanya memakan kos RM40 juta.

Felda juga kehilangan wang dalam tiga perniagaan yang diceburi, ternakan ikan sturgeon, projek pastri Schneeballen dan restoran fine dining Savaro. Ternakan ikan sturgeon kononnya dikatakan bakal menjadikan Malaysia antara pengeksport caviar, sejenis makanan mewah manakala Schneeballen yang merupakan sejenis pastri asal Jerman digebangkan sebagai produk unik Felda ketika MAHA 2014. Kedua projek ini sekarang sudah ke laut.

Manakala Savaro pula adalah percubaan Felda menceburi bidang restoran dan dilaporkan sebanyak 5 buah restoran telah dibuka tetapi semuanya telah ditutup antara 2 ke 3 tahun kemudian. Aku pernah sekali makan di restoran Savaro yang terletak di Seoul, Korea. Kalau ikut pada pengalaman aku di sana, memang tidak menghairankan kalau ianya ditutup. Harga menu yang mahal dan hanya berharap pada rakyat Malaysia sebagai pelanggan tetap.

Kehilangan juta-juta Felda ini sesuatu yang perlu kita khuatiri, kerana agensi ini asalnya adalah untuk membantu rakyat keluar dari kemiskinan dan memajukan tanah terbiar. Adakah kalau terus kerugian, nasib peneroka tidak lagi terbela dan tanah Felda terpaksa dijual?

Peneroka Felda rata-ratanya adalah orang Melayu. Yang membawa kita kepada isu kedua, Forest City di Johor sana.

FOREST CITY

Forest City adalah sebuah projek pembangunan bernilai $100 bilion oleh pemaju dari China. Ada beza antara '$' yang aku guna dengan 'RM' yang selalu kita nampak.

Dari Forest City ini, akan terbina bandar dengan populasi 700,000 penduduk dan 160,000 unit rumah. Ianya adalah projek terbesar di kalangan 60 projek yang sedang dijalankan di wilayah Iskandar. Forest City katanya akan menjadikan Johor Bahru sebagai Shenzhen Bahru.

Tetapi akibat Forest City, pemaju tempatan lain seperti UEM, Sunway dan SP Setia kerugian. Ini kerana jumlah hartanah yang dibangunkan Forest City menjadikan supply jauh mengatasi demand. Tak cukup dengan itu, persoalan timbul tentang siapa yang akan beli dan siapa yang akan duduk di rumah-rumah yang terlebih banyak ini?

Jawapan pada persoalan ini mungkin boleh dilihat dari senarai penumpang penerbangan Air Asia dari China dan bas-bas persiaran yang datang ke Forest City setiap hari. Ya, pembeli projek perumahan oleh pemaju China ini kebanyakannya datang dari China.

14. Cina Malaysia pun sebenarnya melopong sahaja tengok Forest City. Bahkan projek ini sendiri sebenarnya menggerunkan saudara Cina kita yang banyak terlibat dalam industri hartanah dan kini melihat harga hartanah mula jatuh kerana kemasukan pemaju dari China.

Pun begitu, walaupun harga hartanah jatuh tetapi ianya masih diluar jangkauan kebanyakan orang Melayu kita. Kita melihat Forest City sebagai satu pelaburan besar dan bukti kemajuan wilayah Iskandar, tetapi ianya dibangunkan oleh orang luar, dibeli oleh orang luar dan kemungkinan besar akan dihuni oleh orang luar.

Sedangkan kita disogok dengan patung singa laut, ketam dan penyu sebagai objek bergambar selain tersenyum bangga dengan logo Forest City di dada jersi JDT.

KESIMPULAN

Nasib Melayu beginilah. Ada Felda tapi hilang duit juta-juta, ada tanah tapi kena jual jadi Forest City dan digantikan dengan singa laut yang terkena sumpahan Sang Kelembai. Kemudian kita disuruh berbangga ada FGV dan ada singa laut dari batu.

Kita bukannya tak ada pertubuhan atau pejuang yang boleh membela nasib kita. Melayu ada UMNO dan Melayu juga ada Jamal Tongkol. Mereka inilah yang katanya berjuang membela nasib bangsa Melayu.

Tapi UMNO yang sama jugalah melantik bekas perasuah untuk menguruskan Felda sampai salah perancangan dan Jamal Tongkol yang sama jugalah mempergunakan budak Melayu PPR untuk 'perjuangan' beliau dengan upah RM50, nasi bungkus dan sehelai baju percuma.

Kemudian bila ada Melayu yang tersedar dan turun ke jalan raya melawan korupsi, melawan salah guna kuasa dan melawan perkauman; UMNO dan Jamal Tongkol ini jugalah yang berbisik menyanyi lagu 'Anak Kecil Main Api'.

UNTUK ITU APAKAH MASIH RELEVEN LAGI KEPIMPINAN UMNO UNTUK MENERUSKAN LAGENDA KEPIMPINAN NEGARA ?

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA