TIDAK berapa lama duluTIDAK berapa lama dulu saya telah menulis dalam ruangan ini mengenai kerjasama dua hala di antara Persatuan Cina Malaysia (MCA) dengan Parti Komunis China (CPC).

Antara lain saya membuat pemerhatian bahawa perkembangan itu hampir-hampir tidak diketahui atau dipedulikan oleh orang ramai, khususnya orang Melayu sedangkan mereka amat takut dan syak wasangka terhadap Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Hari ini ramai orang Melayu beranggapan habislah bangsa mereka jika DAP memerintah.

Realitinya tidak ada mana-mana parti bukan Melayu atau bukan Bumiputera yang boleh memerintah negara ini secara bersendirian melainkan orang Melayu dan Bumiputera sendiri menolak calon Melayu/Bumiputera secara menyeluruh dan memilih calon bukan Bumiputera.

Ini adalah kerana bilangan pemilih bukan Bumiputera, sama ada Cina atau India, adalah kecil. Mengikut Indeks Mundi, penduduk Malaysia tahun ini dianggarkan 30.95 juta terdiri daripada 50 peratus Melayu, 22.6 peratus Cina, 11.8 peratus Bumiputera, 6.7 peratus India, 0.7 peratus kaum-kaum lain dan 8.2 peratus bukan warganegara.

Benarlah hari ini DAP adalah parti majoriti Cina yang terkuat setelah mengatasi MCA dan Gerakan sejak Pilihan Raya Umum 2008. Dalam Pilihan Raya Umum 2013, sokongan kepada DAP melonjak naik setelah orang Cina menolak MCA dan Gerakan secara menyeluruh.

MCA adalah parti orang Cina semata-mata sedangkan DAP dan Gerakan, pada dasarnya adalah parti berbilang kaum walaupun majoriti penggiat mereka adalah orang Cina.

Apa yang menarik adalah, walaupun MCA lemah daripada sudut populariti tetapi ia kuat dari segi pengaruh terhadap pemerintahan negara.

Ia berjaya mengeksploitasi kedudukannya sebagai parti Cina terbesar dalam Barisan Nasional untuk mempengaruhi dasar pemerintahan dan menuntut hak untuk masyarakat Cina.

Jadi dalam konteks inilah kita perlu menilai peranan dan pengaruh MCA terhadap pembentukan dan pelaksanaan dasar yang bersangkut paut mengenai perhubungan dengan negara China.

Apabila saya membandingkan isi kandungan kenyataan media MCA pada 15 April lalu, berkaitan kerjasama MCA-CPC dengan hasil lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke China baru-baru ini, barulah jelas betapa besarnya pengaruh MCA terhadap dasar kerajaan kita dalam perhubungan dengan China.

Kita telah baca bagaimana lawatan menjana pinjaman, pelaburan dan pembelian dari China berjumlah RM144 bilion, termasuk hutang RM55 bilion untuk membiayai Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur yang kontrak pembinaannya diberikan kepada syarikat kerajaan China.

Lawatan berkenaan juga memecah tradisi apabila kerajaan bersetuju membeli kelengkapan pertahanan berupa kapal peronda pesisir pantai daripada China.

Seingat saya, senjata China yang digunakan di negara kita adalah oleh pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) sebelum ia meletak senjata dan menandatangani perjanjian damai pada 1989.

Orang lama atau orang yang tahu sejarah tentu ingat lawatan bersejarah bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein ke Beijing pada 1974.

Dalam lawatan itu, kita telah bersetuju untuk menjalin perhubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China walaupun CPC terus mengekalkan perhubungan dengan PKM atas landasan parti ke parti.

Sejak 1989, PKM sudah tidak ada. Tetapi nampaknya konsep perhubungan parti ke parti itu tetap diteruskan dengan MCA mengambil alih peranan yang dulunya dimainkan oleh PKM.

Bezanya, kerjasama CPC-PKM berlaku dalam suasana perang dan berpaksikan ideologi, tetapi kerjasama MCA-CPC pula berlaku dalam suasana aman dan berpaksikan duit.

Dalam kenyataan bersama pada 13 April itu, Presiden MCA, Datuk Sri Liow Tiong Lai, antara lain berkata: “MCA menyokong sepenuhnya One Belt One Road Initiative (OBOR), dan berharap hubungan dua hala kita dapat diperkukuhkan melalui perkongsian dan pertukaran antara kedua-dua buah parti.”

Wakil CPC, Song Tao membalas: “Parti Komunis China memuji usaha  MCA memajukan ikatan muhibah dua hala, dan akan terus mempertingkatkan pertukaran pengalaman antara pegawai kedua-dua buah parti di semua peringkat bagi merealisasikan wawasan unggul bekerja sebagai satu.”

Hebat sungguh. CPC dan MCA berikrar bekerja sebagai satu.

Ini bukan rekaan, tetapi boleh dibaca di laman web rasmi MCA. Implikasi kerjasama parti ke parti di antara CPC dengan MCA tidak boleh dipandang remeh pada saat China sedang memperluaskan pengaruh diplomatik, ekonomi dan ketenteraannya ke seluruh dunia. Wallahuaklam.

 saya telah menulis dalam ruangan ini mengenai kerjasama dua hala di antara Persatuan Cina Malaysia (MCA) dengan Parti Komunis China (CPC).

* Datuk A Kadir Jasin, Tokoh Wartawan Negara