Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, November 26, 2016

PARLIMEN KINI SUDAH TIDAK KEBAL

Umno patut pecat Tajuddin dan anaknya, kata Loke 

Umno perlu memecat Ahli Majlis Tertinggi (MT) Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan anak lelakinya susulan kekecohan terbaru di kawasan Parlimen semalam, kata ahli Parlimen Seremban. 

Anthony Loke yang juga setiausaha organisasi kebangsaan DAP berkata demikian ketika mengulas kejadian semalam membabitkan anak lelaki Tajuddin, yang bersama sekumpulan 30 lelaki cuba menyerang Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad. 

“Jika Umno serius yang mereka (Tajuddin dan anaknya) memalukan parti, maka mereka patut pecat orang seperti ini. 

“Saya pasti anak lelaki Tajuddin ialah ahli Umno, jadi mereka boleh ambil tindakan terhadapnya juga,” katanya kepada wartawan pada sidang media di ibu pejabat DAP di Pudu, di sini hari ini. 

Faizal ialah ketua Pemuda Umno Pasir Salak. 

Loke berkata insiden itu tidak boleh diterima langsung, dan Parlimen perlu dihormati kerana ia badan penggubal undang-undang tertinggi dalam negara. 

“Tidak ada sesiapa patut dibenarkan buat kecoh atau gangguan dalam kawasan Parlimen. Tindakan serius perlu diambil. 

“Mereka (Tajuddin dan anaknya) patut malu,” katanya. 

Kekecohan tercetus di luar Parlimen pagi semalam apabila Pemuda Umno dari Pasir Salak berdepan dengan Khalid, wakil rakyat daripada Amanah. 

Kumpulan itu mula mengganggu Khalid dengan menjerit: “Hidup Pasir Salak! Hidup Pasir Salak!” sebelum cuba menyerangnya. 

Pengawal keselamatan Parlimen dapat melindungi Khalid daripada serangan itu dan membawanya ke dalam bangunan. 

Tajuddin menyebabkan kegemparan di Dewan Rakyat pada awal minggu ini kerana mengeluarkan kenyataan ahli Parlimen DAP “satu-satunya wanita dengan Kok”. 

Ini menyebabkan Khalid melabel Tajuddin, ahli Parlimen Umno Pasir Salak sebagai “menteri sial”. 

Perang mulut antara kedua-dua ahli Parlimen, yang bermula beberapa hari lalu, bertukar lebih buruks selepas sekumpulan individu yang mengaku sebagai ahli Umno Pasir Salak, menyerbu dan hampir menyerang Khalid. 

Polis pada masa ini masih menyiasat insiden itu sebagai kes merusuh dan mengenal pasti beberapa individu terlibat termasuk Faizal. -FMT 




No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA