Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, November 22, 2016

MEMORI MAHATHIR DI KONVENSYEN PH

Ucapan Tun M di Konvensyen Pertama Pakatan Harapan, Shah Alam


Assalamualaikum...
Saya berterima kasih kepada PH jemput saya hari ini. Tidak ada sesuatu yg lebih mustajab untuk kalahkan BN daripada perpaduan parti2 pembangakang.
Hari ini Bersatu belum lagi jadi sebahagian drpd PH tapi niat kita untuk bersmaa PH. Muhyiddin dan saya bersetuju untuk sertai PH sebab kami bersetuju dengan pandangan PH iaitu negara kita perlu dibebaskan daripada kepimpinan DS Najib.


Dewan Konvensyen PH penuh hari ini.

Pada mulanya saya pikir kerosakan yg boleh dilakukan Najib terhad kepada 1Mdb shj. Tetapi nampak dia tidak serik dia masih ingin hutang kepada negara lain. RM55 bil lagi utk keretapi pantai timur. Jauhnya tak lebih 500km.
Kita telah buat perkiraan kos membina landasan kita dapati angka kalau diambil kira dr ipoh ke padang besar rendah xsampai pun RM1 juta satu km.
Tapi kita dapati yang dia nak buat RM100juta satu km. Seratus kali ganda daripada landasan ipoh ke padang besar. Beli kilang elekrik harga mahal. Membeli barang harga mahal kebolehan Najib yang tak dapat dinafikan. Inilah kebijaksanaan DS Najib.
Dia nampaknya tak puas hati lagi dia tubuh 1MDB kerana kerajaan tak ada wang nak melabur dalam syarikat ini.
Dia membunyai RM2.6bil dalam akaun peribadi kononnya tok arab bagi. Sy pun ada minta nak buat universiti Islam dekat tok arab, tapi saya dapat kosong.
Najib ni mungkin muka dia nampak cantik, tok arab bg RM2.6 bilion. Sape nak percaya. Dia curi duit 1MDB. DOJ telah sahkan wang RM2.6 bilion itu datangnya daripada 1MDB.
Sebab itu orang ini sangat berbahaya kepada negara. Hutang negara tak dapat bayar. Sudahlah tak cukup nak byr hutang 1MDB kini pinjam pulak kononya nak buat landasan RM55 bilion.
Kalau dulu PH tak rapat hubungan, sekarang sangat rapat dan saya kagum dengan kehadiran hari ini. Sy harap Bersatu akan diterima oleh Pakatan Harapan. (Hadirin tepuk dan jawab terima!...)
Saya mengaku naikkan Najib sbg PM. Sebab dia anak tun razak sbb tun razak banyak buat kebaikkn takkan lah anak dia jadi pencuri. Tiba2 curi duit. Pencuri jadi PM Malaysia.
Tak boleh hanya sebab selisih sikit dalam pandangan kita tidak bersatu. Kita perlu rapatkan huhungan antara kita.
Sy tidak ada masalah untuk sokong reformasi (dewan gamat hadirin nlaung reformasi, bebas anwar)
Reformasi utama adalah sistem pilihan raya.
Sudah tidak ada lagi demokrasi dalam negara kita. Undang2 tidak berjalan di negara kita. kalau kita lapor jenayah, kita kena siasat.
Najib nak halang demonstari bersih, dia ada samseng2 baju merah entah dapat uit drpd mana cuba cetuskan huru hara serang baju kuning. Sy ucap tahniah kepada baju kuning kerana tidak balas serangan baju merah.
Kalau balas serangan, Najib akan kata kawasan kelelamatan dan dia boleh tangkap. Kalau ada mati, dia tidak boleh dipostmortem tidak ada inkues. Kalau ada adik beradik tanya kenapa mati kita yang salah. Najib dulu dilihat liberal bila mansuh ISA. Tapi ganti akta lebih teruk daripada ISA.
Saya sangat gembira dapat hadir dalam perjunpaan ini. Tidak lama lagi Bersatu akan jadi sebahagian daripada PH. Sy berpendapat siapa yng menimbul masalah dalam pembangkang ini adalah penyokong DS Najib.
Mereka boleh dakwa berjuang untuk Melayu tetapi dia sebenarnya sokong Najib. Mungkin mereka terima dedak.
Kita akan menentang mereka yang tidak bersama dalam gerakan jatuhkan Najib.
Ada kata tak boleh terlibat dalam PH sebab ada Dap. Saya dulu paling anti Dap, tapi itu terlalu kecil berbanding usaha jatuhkan Najib.
Kalau kita nak kalahkan BN satu cara sahaja iaitu dengan bersatu. Kita daftar seolah2 satu parti, kita guna satu simbol. Kita letak satu calon. Tak kira DAP ke, Amanah ke, PKR ke...asalkan itu calon kita.
Dengan itu kita akan dapat kemenangan. Kita bersatu, hilangkan identiti parti kita dalam pilihan raya sahaja la. Kita bertanding sebagai satu parti sahaja.
Tidak ada apa yg kita tak setuju draf pendirian bersama PH. Jelas sekali PH ini memegang kepada dasar2 negara yang termaktub dalam perlembagaan negara. Oleh itu apa sebab rakyat tidak menyokong PH.
Kita semua perlu kerja kuat agar menolak sebarang sogokan wang dan harta supaya mereka menyokong usaha jatuhkan DS Najib.
Hari ini jelas kita bersatu. Baju oren ada biru ada merah pun ada. Saya berdoa kita berpegang kepada pendirian tegas keperluan menyingkirkan najib.
Saya akan selesaikan sedikit sebanyak masalah isu menandatangani dokumen pendirian bersama PH.
- Catitan oleh MNA

gambar-gambar konvesyen


Teuku Zacharyah Iskandar's photo.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA