Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, October 21, 2016

RUU355, AKAN DI BINCANGKAN JIKA SESUAI




KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menafikan beliau ada kuasa untuk mengubah atau mempengaruhi kedudukan Rang Undang-Undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) dalam aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat.




Jelasnya, apabila RUU 355 itu sudah berada dalam peraturan mesyuarat, maka ia tertakluk kepada Kerajaan sama ada mendahulukan atau tidak kedudukan rang undang-undang dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.

"Ia (RUU 355) sudah ada dalam peraturan mesyuarat dan apabila ia ada dalam peraturan mesyuarat maka ia tertakluk kepada Kerajaan sama ada ia mahu angkat balik atau tidak kerana Kerajaan ini walaupun dalam peraturan mesyuarat itu ada satu dua akta, tetapi esok dia boleh sisip lagi, lusa dia boleh sisip lagi.

"Kalau ikut peraturan mesyuarat kita kalau Kerajaan yang angkat (usul) dalam masa 24 jam pun boleh diberi masuk dalam," katanya dalam satu sidang media di Parlimen.

Jelasnya, Peraturan Mesyuarat 15 mengatakan bahawa urusan Kerajaan perlu didahulukan.

"Jadi usul dari ahli yang berhormat ini kalau menepati peraturan mesyuarat, itu sebab senaraikan dalamorder paper. Apabila disenarai dalam order paper itu, ia tertakluk kepada mana usul yang telah dikemukakan dulu, maknanya mengikut turutan. Mana ahli berhormat yang buat usul, dan usul menepati segala syarat, maka kita masukkan dalam order paper," jelasnya lagi.

Beliau juga mahu semua pihak tidak membuat andaian bahawa RUU 355 boleh dibahaskan dengan hanya berpandukan kepada turutan usul yang ada dalam aturan mesyuarat.

"Pada hari pertama sidang, cuma ada tiga rang undang-undang, keempat usul RUU 355. Jadi ada yang memikirkan bahawa ini memang sudah boleh dibahas.

"Saya tidak boleh kata ia boleh dibahas atau dibuat-buat kerana selepas rang undang-undang dibahas ada lagi, malah undang-undang sebelum ini pun belum datang dalam pengetahuan saya kerana mereka (Kerajaan) berhak berbuat begitu dalam 24 jam," jelas beliau lagi.

Namun katanya, dalam keadaan tertentu dan untuk kepentingan orang ramai, speaker Dewan Rakyat mempunyai budi bicara untuk membenarkan sesuatu usul dengan mengubah peraturan mesyuarat.

"Di situ baharulah saya boleh buat peraturan mesyuarat 15.5 contohnya," tambahnya.


Masuk hari ketiga perbahasan di Dewan Rakyat, usul dikemukakan Abdul Hadi berada di kedudukan kelima dalam aturan urusan mesyuarat.


Sehingga kini, ramai tertanya-tanya sama ada RUU 355 akan dibahaskan sama ada sebelum atau selepas Bajet 2017 yang akan dibentangkan Jumaat ini.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA