Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, October 7, 2016

NAJIB - ZAHID DAH TAK NGAM....



Dalam UMNO ketika ini, bukanlah rahsia lagi mengenai hubungan Najib Razak dengan timbalannya, Ahmad Zahid Hamidi yang dikatakan bermasalah dan mula renggang.

Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri menggantikan Muhyiddin Yassin adalah bertujuan membantu parti dan kerajaan, tetapi dengan masalah membelenggu Najib terus bertambah parah, para penyokongnya mula "berkicau" merata-rata menyarankan adalah lebih baik Perdana Menteri segera berundur jika masih sayangkan UMNO dan BN.

Mengambil kira faktor popularitinya dalam UMNO, para penyokongnya percaya Zahid lebih mampu meraih kekuatan dan mampu mengelakkan BN daripada kalah dalam pilihanraya akan datang berbanding Najib.

Namun demikian, penyokong Zahid tetap keberatan untuk bertindak memulakan langkah menuntut pengunduran Najib secara terbuka kerana mereka juga sedar pengaruh "dedak" yang telah ditaburkan kepada pemimpin-pemimpin UMNO selama ini.

Berdasarkan respon rakyat yang terus menyusut, ditambah lagi dengan wujudnya PPBM yang diinisiatifkan oleh Tun Mahathir Mohamad, harapan mereka ialah agar Najib segera sedar kedudukan dirinya yang bertambah sukar dan sedia berkorban demi menyelamatkan UMNO dan BN.




Najib, sepertimana yang diulangnya banyak kali, bagaimanapun bertegas tidak sesekali akan berundur diri. Beliau tetap mahu mengemudi dan memenangi PRU 14 dengan apa cara sekali pun. 



Sandaran Najib untuk mencapai kemenangan mula terserlah satu demi satu. Ia mungkin dengan bantuan Pas dan boleh jadi juga melalui persempadanan semula kawasan-kawasan pilihanraya yang sedang dilakukan oleh SPR.



Ada yang "nakal" pula melihat kemungkinan Akta Majlis Keselamatan Negara tidak mustahil boleh digunakan sebagai "perisai akhir" untuk menyelamatkan kuasa UMNO dan BN kerana akta baru itu didakwa membolehkan penguatkuasaan darurat diisytiharkan oleh Perdana Menteri.



Apa yang Zahid dan penyokongnya mungkin tidak sedar ialah Najib melantiknya sebagai orang nombor dua bukanlah bertujuan untuk menyediakannya menjadi "orang nombor satu" atau sebagai bakal penggantinya, sebaliknya hanyalah untuk mengisi kekosongan buat sementara waktu semata-mata.



Pilihan Najib yang sebenarnya untuk menggantikan tempatnya ialah Hishammuddin Hussein. Jika ingin menyerahkan kuasa, Najib lebih percaya kepada Hishammuddin berbanding Zahid untuk menjaga kepentingan dan legasi buruknya untuk kekal tersimpan selama-lamanya.



Namun demikian, para penyokong Zahid seperti tidak mahu menerima hakikat itu. Mereka bukan saja mahukan Zahid menjadi Perdana Menteri, tetapi juga mula menggelarnya sebagai "murabbi" serta penyelamat kepada UMNO dan BN dalam suasana getir sekarang ini.



Pada penghujung Ogos lalu, sekembalinya daripada menghadiri mesyuarat majlis keselamatan PBB di New York, Zahid agak keletihan dan tidak sihat, tetapi pantas tersebarnya khabar angin beliau dikatakan diserang "stroke".



Apa yang menariknya, khabar angin itu tidak tidak langsung menjadi perbualan di kalangan parti-parti pembangkang atau pun PPBM. Selain menjadi bualan dalam UMNO, diberitakan para penyokong Najib dan Hishammuddin lebih galak memperkatakan isu kesihatan Zahid itu.



Ia dikatakan serangan awal untuk melemahkan Zahid dan seterusnya menolaknya ke tepi secara perlahan-lahan.



Apabila Zahid kemudian muncul sihat dan menyelar penyebar khabar angin itu, meski kemudian memaafkannya, ia dengan jelas menunjukkan Zahid tahu siapa yang melakukannya.



Walaupun "ombak besar" belum kelihatan, sebaliknya hanya "riak-riak kecil" di permukaan, sudah ada yang menyamakan keghairahan penyokong untuk menaikkan Zahid ini tidak banyak bezanya dengan ghairahnya penyokong Anwar Ibrahim mahu menjatuhkan Tun Mahathir suatu ketika dahulu.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA