Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, April 19, 2016

KE KANDANG SAKSI - APAKAH NAJIB / ROSMAH BERSEDIA?

Rakyat gembira nak tengok PM di mahkamah kata RafiziRakyat gembira nak tengok PM di mahkamah kata Rafizi
Apakah perjuangan Rafizi ( gambar ) telah menghasilkan sesuatu dengan berjaya membawa Najib dan Rosmah ke Istana Mahkamah?
"Mahkamah tinggi hari ini menolak permohonan Perdana Menteri dan isteri untuk membatalkan pembelaan "fair comments" saya. Alhamdulillah akhirnya cita-cita rakyat Malaysia mahu melihat Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor berada di dalam kandang saksi di mahkamah dimakbulkan juga.  
"Mahkamah seterusnya mengarahkan supaya kes saman oleh Perdana Menteri itu dibicarakan di dalam mahkamah terbuka," katanya.
Dengan itu Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli diberi kebenaran oleh mahkamah untuk membela diri dalam kes saman Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak terhadapnya.
"Seronoknya nak berjumpa Najib Razak dan Datin Seri Rosmah dari dalam kandang (saksi)," kata Rafizi dalam satu kenyataannya semalam.
Keputusan ini katanya menjadikan cita-cita rakyat Malaysia mahu melihat Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor berada di dalam kandang saksi di mahkamah dimakbulkan juga.

Dalam kes saman Najib Razak terhadap saya:


 1) beliau dan isteri menyaman saya 

2) kemudian beliau dan isteri memfailkan permohonan agar mahkamah membatalkan penyataan pembelaan saya supaya saya tidak dapat membela diri.  
Beliau seterusnya menjelaskan bagi mereka yang kurang biasa dengan undang-undang dan saman, apabila seseorang mengemukakan saman (plaintiff), dia akan membuat Penyataan Tuntutan menyenaraikan perkara apa yang hendak disaman dan kenapa perkara-perkara itu memalukannya.

Orang yang disaman (defendan) pula katanya, berhak memfailkan penyataan balas yang disebut Penyataan Pembelaan yang menerangkan kenapa apa yang diperkatakan itu bukan fitnah dan beliau berhak membuat komen tersebut.
Dalam kes saman Najib Razak keatasnya kata Rafizi, Najib dan isteri menyaman beliau.
"Kemudian beliau dan isteri memfailkan permohonan agar mahkamah membatalkan penyataan pembelaan saya supaya saya tidak dapat membela diri, mahkamah seterusnya mengarahkan supaya kes saman oleh Perdana Menteri itu dibicarakan di dalam mahkamah terbuka," terangnya.
"Alhamdulillah hari ini pihak mahkamah mengarahkan supaya ia melalui perbicaraan penuh dan saya dibenarkan membela diri dan saya sungguh seronok nak berjumpa Najib Razak dan Datin Seri Rosmah dari dalam kandang (saksi)," katanya.

2 comments:

  1. Ya...kita nak tengok laki-bini yang paling berkuasa diMalangsia ini berada di mahkamah. Apakah kuasa yang mereka ada dalam mahkamah? Kita tunggu......

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA