Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM120 - RM150 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 013-4500678, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

D'WARIS INAP DESA (HOMESTAY)

UNDILAH...

Sunday, October 31, 2010

DUN GALAS - UNDILAH CALUN PAS



Dr. Zulkefli Mohammad
UNDILAH CALUN PAS ( MEWAKILI PR )

Pemangku yang dipertua PAS Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad telah diumumkan sebagai calon PAS untuk pilihan raya kecil DUN Galas pada 4 November ini. Pemilihan beliau telah diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dijangka malam ini.

Dr Zulkefli adalah bekas calon PAS yang bertanding menentang Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam pilihan raya umum 2008, manakala Pandak Panjang Ey adalah seorang jurutera



Carta agihan pengundi mengikut bangsa dan keputusan 2004 & 2008


Pelbagai isu dikorek bagi memberi gambaran kelemahan kerajaan negeri, PAS, Pakatan Rakyat, calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan apa-apa sahaja yang ada kaitan. Sebaliknya calon BN, Abdul Aziz Yusoff diberi gambaran sebagaikan dewa atau raja yang mempunyai 1001 satu kelebihan.

Pendidikan setakat SPM bukan menjadi perkiraan bagi Umno dan BN. Ini kerana tiada sijil pun ada agensi boleh memberi pekerjaan. Syaratnya mesti penyokong setia Umno.

Itu lah UMNO, ia tak seperti lidah biawak bercabang, cakap ikut kepentingan semasa, ada masa calun mesti berpelajaran, ada masa calun yang dikemukan ok setakat SPM aja, ada masa calun mesti kalangan samseng, juga boleh juga di cadangkan mereka yang rasuah, yang tidak bermoral, yang bankkrap, itu menunjukkan UMNO memang ketandungan calun.




Salah satu aktiviti calun PAS Dr. Zulkili sepanjang kempen di PRK Galas, kita berdoa agar aktiviti bagini akakn diteruskan secara berterusan selepasa RPK nanti.

Saturday, October 30, 2010

DANA KEWANGAN UMNO - DARI MANA SUMBERNYA

Halim Saad dan Tajudin Ramli adalah dua orang anak emas Melayu tahun 1980-an dan 1990-an yang khusus dipilih oleh mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad untuk memimpin bangsa Melayu supaya mengambil tempat di persada nasional. Kedua-duanya diangkat sebagai sebagai pembawa budaya perniagaan Bumiputera baru yang bakal setanding dengan kaum Cina yang sekian lama menguasai bidang perdagangan.

Mengikut bisik-bisik orang dalam, ketika Mahathir mula menerajui negara, beliau merencanakan untuk mewujudkan barisan 100 orang bumiputera kaya-raya. Mahathir berharap mereka-mereka itu akan memakmurkan kaum Melayu luar bandar. Kesemuanya ini dijangka akan disempurnakan atas 'konsep payung', yakni di bawah naungan Umno. Begitulah rancangan Mahathir, sebagaimana juga beliau bercita-cita menjadikan Malaysia sebuah negara industri yang maju melalui projek-projek mega.

Akan tetapi naluri manusia itu disebut rakus. Setelah orang terpilih yang diberi hak-hak istimewa tadi menjadi kaya, mereka tidak pula terdorong untuk berkongsi kemakmuran yang dinikmati dengan penghuni kampung dan luar bandar. Banyak syarikat yang diterajui anak buah Mahathir akhirnya runtuh dan perlu dihulurkan 'talian hayat' oleh agensi kerajaan seperti Khazanah Nasional, dana pelaburan negara ataupun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Selama 22 tahun pemerintahan Mahathir, menjadi tanggapan umum bahawa Umno mempunyai kaitan rapat dengan para ahli peniagaan bilioner Melayu. Namun begitu, andaian tersebut sekarang mampu terbukti kesahihannya lanjutan daripada dokumen-dokumen yang difailkan di mahkamah Kuala Lumpur baru-baru ini. Dokumen-dokumen pembongkar rahsia tersebut mengesahkan bahawa bahawa Tajudin, Halim dan lain-lainnya merupakan 'front men' ataupun wakil bagi kepentingan Umno, parti politik terbesar di Malaysia. Yang terlibat dengan saman-penyaman di mahkamah adalah golongan yang dikenali sebagai Umnoputra, satu kerat ahli peniagaan 'rentier, ataupun yang mendapat untung mudah daripada 'mengutip sewa' (maksudnya mendapat tender tertutup, lesen, permit dsb).

Akan tetapi bukan sekadar hanya Tajudin dan Halim yang bergelar Umnoputra. Di kalangan mereka termasuk Syed Mokhtar Al-Bukhary (kiri), salah seorang warga Malaysia terkaya, serta Yahaya Ahmad, yang mengepalai projek kereta nasional Mahathir (Yahaya terkorban dalam nahas helikopter bersama isterinya), serta Samsuddin Abu Hassan yang diperkenalkan oleh Mahathir kepada phak pentadbiran Nelson Mandela. Samsuddin melarikan diri dari Afrika Selatan selepas dituduh menggelapkan berjuta-juta ringgit dan meninggalkan hutang berjumlah sekitar rand 50 juta (US$7.2 juta pada kadar pertukaran matawang masa kini). Angkara salah laku Samsuddin, bank Durban gagal. Beliau pulang ke tanahair tanpa diiringi isteri glamornya Melleney Venessa Samsudin.

Sekembalinya ke Malaysia, Samsudin (kanan) dilantik menjadi ahli lembaga pengarah Mitrajaya Holdings Bhd, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Umno yang telah memainkan peranan penting dalam projek-projek nasional termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), KL Light Rail Transit System (LRT), Cyberjaya Flagship Zone serta lain-lain lagi.

Sekurang-kurangnya 23 syarikat terbesar di Malaysia (lihat senarai di bawah) nampaknya telah ditunggang Umno bagi membolot kontrak kerajaan dan seterusnya menyedut wang. Tatkala itu, percaturan Mahathir sudahpun terlerai. Oleh kerana para pengurus tadbir syarikat-syarikat tersebut begitu sebati dengan Umno dan ranting-ranting pelaburannya, apa-apa percubaan untuk memisahkan mereka besar kemungkinan akan menghancurkan parti.

Pada bulan Julai baru-baru ini, Perdana Menteri Najib Razak telah memberikan sebuah ucapan yang disebarkan secara meluas, di mana beliau berjanji untuk membasmi gejala rasuah dalam partinya.
Sebahagian besar pemilikan harta yang disebut di atas nampaknya telah disalurkan melalui sebuah syarikat misteri yang muncul pada tahun 1993. Syarikat tersebut -- Realmild -- mengambil alih pengurusan (melalui 'management buyout') media termasuk New Straits Times Press (M) Bhd dan TV3, dan dengan pembelian bernilai RM800 juta itu berjaya menguasai sebahagian besar industri media. Realmild tatkala itu sudah memiliki saham majoriti dalam Malaysia Resources Corporation Bhd (MRCB) yang diberikan kontrak untuk membangunkan projek raksasa KL Sentral, iaitu kompleks yang dijadikan pusat pengangkutan [nota pengarang CPI: Pusat yang menemukan LRT, monorail, KTM, komuter, ERL, dsb).

Realmild juga membeli syarikat Labuan dan Sabah Shipyards yang membekalkan Tentera Laut Malaysia, serta Redicare dan Medivest, yang diberikan kontrak lumayan untuk menyediakan bekalan perubatan untuk hospital kerajaan.
Pada bulan September, Syed Anwar Jamalullail, seorang adik-beradik kepada Sultan Perlis, dan saksi-saksi lain telah memberi keterangan di mahkamah. Di dalam kes rumit yang sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, saksi-saksi tersebut berkata Daim Zainuddin, orang kanan perdana menteri, sering meminta para pengusaha Melayu supaya menjadi 'nominee' (orang yang dicalonkan) untuk mengurus syarikat-syarikat tersebut. Salah seorang bekas pengarah Realmild Khalid Ahmad telah memfailkan saman pada 2005 dengan mendakwa beliau ditipu sebanyak RM10 juta. Jumlah tersebut adalah seharusnya bayaran untuk lima peratus saham Realmild yang dituntutnya daripada Abdul Rahman -- yang disebut sebagai tuanpunya ('beneficial owner') Realmild. Menurut keterangan yang diberikan di mahkamah, Abdul Rahman bersetuju membayar RM10 juta tetapi kemudian mengingkari janjinya setelah beliau diberitahu oleh Mahathir bahawa saham tersebut sebenarnya milik Umno [dan bukan milik peribadi perseorangan]. Para trustee (yang memegang amanah) untuk Realmild sebenarnya adalah Mahathir sendiri serta bekas pengarang kumpulan Berita Harian Ahmad Nazri Abdullah, bekas pengarang kumpulan New Straits Times Group Abdul Kadir Jasin dan Mohd Noor Mutalib. Ahmad Nazri mengatakan dalam pernyataannya kepada mahkamah ('deposition') bahawa walaupun beliau memegang saham majoriti Realmild sebanyak 80 peratus, namun 70 peratus saham itu sebenarnya dipegang olehnya untuk Mahathir. Syarikat-syarikat lain dalam jaringan Umnoputra termasuk Faber Group Bhd, sebuah anak syarikat Kumpulan UEM, yang kini terlibat dalam sektor pengurusan hartanah dan kemudahan-kemudahan ('integrated facilities management and property solutions'); dan KUB Malaysia Bhd -- sebuah syarikat induk yang berkecimpung dalam bidang maklumat, komunikasi dan teknologi, hartanah, kejuruteraan & pembinaan serta industri makanan.

Syarikat-syarikat tersebut terlibat juga dalam pelbagai kegiatan termasuk media, pembangunan, pembinaan, jalan tol, peralatan hospital, logistik dan pengedaran, perkhidmatan jaringan telefon bimbit dan lain-lain. Barisan Nasional yang berkuasa sejak Merdeka telah memanfaatkan Umnoputra dengan mengagihkan kontrak-kontrak kerajaan kepada syarikat-syarikat di bawah penyeliaan mereka. Seperkara lain tentang syarikat-syarikat ini ialah kebanyakan mereka disalah urus dan akhirnya gagal kerana masalah kewangan atau kerumitan lain. Angkara itu, syarikat-syarikat tersebut terpaksa diberi pertolongan ataupun ditebus oleh kerajaan.
Realmild 'diselamatkan' apabila ianya menjual MRCB yang dimiliknya kepada KWSP sebagai sebahagian daripada penyelesaian hutang bagi pinjaman RM500 juta pada lewat 2005. [Perihal syarikat-syarikat lain] Putera Capital Bhd, yang sebelum ini memiliki Putra World Trade Center -- PWTC yang merupakan ibu pejabat Umno, yang juga menyewakan ruang pejabat kepada bisnes-bisnes -- sekarang dekat muflis. Manakala UEM Builders Bhd, suatu cabang dari United Engineers Malaysia (UEM), bersama dengan UEM World Bhd, dibeli oleh Khazanah Nasional, jentera pelaburan strategik kerajaan yang serentak memiliki pelaburan kerajaan. Khazanah Nasional kini juga menjadi pemilik PLUS, yang memegang kontrak tol untuk Lebuhraya Utara-Selatan, serta Pharmaniaga -- dulunya sebuah anak syarikat UEM yang terlibat dalam urusan pembekalan hospital dan perkhidmatan yang lain.

Dokumen-dokumen mahkamah menunjukkan bahawa MAS, pada waktu itu syarikat penerbangan nasional, diambil alih oleh Tajudin Ramli. Proses penswataaan yang memindahkan hak milik MAS kepada Tajudin akhirnya mengakibatkan kerugian sebanyak RM8 bilion. Sebahagian utama jumlah wang tersebut disalurkan kepada sebuah syarikat logistik kargo bertapak di Frankfurt, negara Jerman, yang mana pengarah syarikat tersebut mempunyai hubungan erat dengan Tajudin.
Menurut laman Malaysia Today, peguam yang mewakili Tajudin mendedahkan bahawa Tajudin hanya berupa wakil ('front man') untuk Umno dan bahawa Umno "tidak hanya terpaksa melindungi beliau daripada pendakwaan tetapi mereka juga harus memastikan bahawa kerajaan membeli kembali saham-saham MAS pada harga yang sama saham-saham dijual kepadanya meskipun nilai saham yang sebenarnya tidak setinggi harga yang dibayar." Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, pernyataan-pernyataan lain kepada mahkamah menyenaraikan perihal salahlaku di UEM/Renong, syarikat yang pernah dikepalai Halim Saad.

Syarikat tersebut dikatakan menerima kontrak pembinaan yang terlalu mahal, yang kosnya dibayar oleh perbendaharaan kerajaan. Bulan lepas (September), Halim memberitahu media yang beliau tidak lagi menjadi ahli lembaga UEM/Renong sejak tahun 2001. Menurutnya, pihak berkuasa inginkan Khazanah mengambil alih UEM/Renong "untuk mengelakkan risiko 'systemic' (sistemik ataupun perkara berhubungan dengan suatu sistem atau susunan yang teratur) terhadap sistem perbankan di Malaysia dan untuk membolehkan kumpulan tersebut distrukturkan semula.
UEM masih pada masa ini diberikan kelebihan oleh kerajaan. GLC ini diberi kontrak untuk membina jambatan kedua negeri Pulau Pinang dari Seberang Perai ke [Batu Maung] di sebelah utara pulau. Pada tahun 2007, kos projek dianggarkan RM2.7 bilion . Sekarang kosnya sudahpun melambung naik sampai RM4.3 bilion dan inipun belum lagi mengambil kira pelbagai kos tambahan termasuk pampasan bagi nelayan dan kos pembangunan projek sebanyak RM285 juta. Jumlah mutlak kos projek jambatan kedua Pulau Pinang mencecah hampir RM5 bilion. Dokumen-dokumen lain menunjukkan bagaimana media di tangan Umno sepenuhnya. Media Prima Bhd, sebuah syarikat tersenarai awam [di Bursa Malaysia], mengambil alih TV3, 8TV ntv7 dan TV9 yang sebelum itu dimiliki Realmild, serta 90 peratus ekuiti di New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, yang menerbitkan tiga buah suratkhabar nasional -- The New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro. Media Prima juga mempunyai tiga rangkaian radio -- Fly FM, Hot FM dan Satu FM.

Lain-lain bisnes Media Prima meliputi peniagaan menyediakan kandungan, pengurusan acara dan pengurusan bakat (para artis).
Media Prima juga mempunyai syarikat iklan Big Tree Outdoor Sdn Bhd, UPD Sdn Bhd, Kanan Channel Sdn Bhd, Kurnia Outdoor Sdn Bhd dan Jupiter Rangkaian Outdoor Sdn Bhd. Alt Media adalah anak syarikat Media Prima dalam bidang penyiaran dan komunikasi digital. Anak syarikatnya yang lain adalah Portal Lifestyle gua.com.my dan Tonton yang baru dilancarkan. Tonton merupakan portal video serta berciri media sosial.

Syarikat-syarikat,
1~Faber Group Bhd
2~KUB Malaysia Bhd
3~Malaysian Resources Corp. Bhd
4~Media Prima Bhd
5~New Straits Times Press (M) Bhd
6~Putera Capital Bhd
7~UEM Builders Bhd
8~UEM World Bhd
9~PLUS
10~Pharmaniaga
11~Utusan Melayu (M) Bhd (partly owned by Syed Mokhtar Albukhary, another Mahathir crony and one of Malaysia's 10 richest men according to the Forbes List
12~Renong Bhd
13~Realmild Sdn Bhd
14~Mahkota Technologies (Also a partnership with Syed Mokhtar Al Bukhary
15~Malaysian Airlines
16~Celcom
17~Malaysian Helicopter Service
18~Temasek Padu Sdh Bhd
19~Sabah Shipyard
20~Labuan Shipyard
21~Redicare
22~Medivest


Terjemahan dari Artikel 'Umno's corporate cornucopia'
Ehsan Anak Sungai Derhaka.blogspot

ISMAIL OMAR - PDRM AKAN KE MASJID DAN DEKATI CEMARAH



Kini PDRM di era KPN yang baru Ismail Omar, telah dan cuba mencorakan satu budaya baru dalam PDRM itu sendiri, pendekatan untuk bersama-sama jemaah khususnya Agama Islam, anggota polis di harapkan dapat bersama-sama dengan masyarakat setempat untuk mengaji, mendengar kuliah ( maghrib, subuh mau pun ceramah-ceramah ).

Gambar Tan Sri Musa Hassan bersama Tan Sri Ismail Omar

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mendekati masyarakat menerusi program kemasyarakatan yang diadakan di rumah ibadat, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

"Kita mahu semua anggota membabitkan diri dalam program di rumah ibadat masing-masing. Kalau anggota itu beragama Islam, buatlah program di masjid dan bagi yang bukan Islam laksanakan di rumah ibadat masing-maing seperti di kuil," katanya.

Beliau berkata, penggunaan rumah ibadat akan turut menaikkan imej pasukan polis serta dapat mendidik warga PDRM untuk melaksanakan tugas dengan amanah dan tulus.

"Contohnya bila anggota kita sentiasa mengimarahkan masjid, akan datang rasa takut pada Allah dan secara tidak langsung mereka akan tunduk pada perintah Allah yang melarang umatnya melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran agamanya," kata beliau kepada pemberita semasa program mengimarahkan masjid di Masjid Bukit Utama, Bukit Antarabangsa dekat sini hari ini.

Ismail berkata, program seumpama itu akan diperluaskan di semua peringkat termasuk di peringkat kontinjen polis negeri dan daerah. - BERNAMA22/10/2010

Friday, October 29, 2010

SIAPA MAKAN BABI - TUN M


TAJUDDIN - ANGKUH & SOMBONG 2

TAJUDDIN - ANGKUH & SOMBONG

DOLAH KATA KU LI & TUN M SALAH


Dengar dengan teliti bagaimana bekas kepimpinan UMNO saling tuduh menuduh atas kekalahan PRU 12 yang lalu.

BINI PUAKA

NURUL IZAH & PERKASA


GENARASI MUDA - KEMANA HALA TUJU MEREKA




Sekumpulan remaja yang di tangkap
apakah ini generasi Malaysia akan datang?

ANGGOTA AADK menyoal siasat lima penagih dadah yang ditahan dalam serbuan di Jalan Datuk Dalam, Johor Bahru kelmarin.

JOHOR BAHRU - Melakukan seks beramai-ramai sambil menghisap dadah.
Itulah tindakan yang disyaki sering dilakukan oleh sekumpulan lima penagih dadah sebelum dicekup sepasukan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Johor di sebuah pondok haram di Jalan Datuk Dalam di sini petang kelmarin.

Difahamkan, kesemua penagih dadah termasuk seorang wanita berusia 20-an sedang khayal ketika dicekup. Beberapa kondom terpakai juga ditemui bersepah di lantai pondok haram terbabit. Malah, hasil pemeriksaan di pondok penagih terbabit turut menemui pelbagai pakaian yang disyaki disimpan penagih-penagih terbabit sebagai kemudahan untuk mereka menginap di situ.

Penolong Pegawai AADK Johor, Zulhilmi Ahmat berkata, kesemua penagih terbabit ditahan dalam Ops Res-Q selama tiga jam bermula pukul 3.30 petang kelmarin hasil maklumat orang ramai. Turut ditemui ialah beberapa kad pengenalan, lesen memandu, kad-kad bank serta kad kredit dipercayai diperoleh daripada kegiatan ragut yang dilakukan oleh penagih-penagih terbabit.

Katanya, selain itu, beberapa dadah jenis heroin, morfin dan ganja juga ditemui.
"Pihak kami percaya pondok haram yang didirikan ini merupakan markas penagih-penagih dadah berkumpul untuk menghisap dadah selain melakukan aktiviti maksiat. "Hasil siasatan juga mendapati pondok yang berdindingkan kayu serta beratap kain khemah itu dipercayai telah didirikan baru-baru ini," katanya semasa dihubungi semalam.

ehsan - ERA PASCA

IKLAN ZAKAT - KAFIR MENANG HADIAH PERTAMA





Apa yang kita nak katakan kini? apa yang perlu kita riuahkan pula? siapa yang kita nak pesalahakan nanti? dimana nak diletakkan identiti kita dari kaum Melayu ( yang sudah pasti beragama Islam ) setiap tahun menunaikan pembayaran zakat, tak kira zakat harta ke, zakat tanaman ke, zakat ternakan ke, hatta zakat wang ringgit.

Pelajar Cina tersebut ( nama tidak tercatat ) berjaya memenangi hadiah wang tunai RM3000, sijil dan tropi dengan tajuk iklan " berkongsi ", pihak PPZ MAIWP akan menaykangkan iklan tersebut pada Disember nanti.

Pokoknya, yang bayar zakat, Muslim, yang mempelajari ilmu berzakat juga Muslim tapi apabila memcipta pengiklanan bagaimana orang bukan muslim yang berjaya, bagaimana agaknya mereka tau konsep bezakat, dan tajuk iklan pula " berkongsi " sudah tentu mereka banyak membaca serta mengkaji apa yang ada pada agama kita. Dengan itu setalah mereka mengetahuinya diharapkan mereka juga akan redha dengan ketentuan Allah dan didoakan mereka memeluk Islam.

Thursday, October 28, 2010

UMNO - RAKYAT TAHU TEMBELANG KINI


KESEDIAAN Radio Televisyen Malaysia (RTM) memberi ruang kepada aktiviti pembangkang terutama sewaktu musim pilihan raya membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa bersikap terbuka, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee. ( gambar )

Terima kasih aje le, berapa lama agaknya siaran yang akan diberikan nanti. dah 60 tahun lebih merdeka baru kini sedar.

Menurutnya, langkah RTM itu juga sekaligus menolak tuduhan parti-parti pembangkang yang selama ini mendakwa kerajaan khususnya UMNO memperalatkan badan penyiaran itu untuk memenangi pilihan raya.

Beliau berkata, kerajaan pimpinan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sentiasa mengamal pendekatan mesra rakyat dan bersikap telus terhadap mana-mana pihak termasuk pembangkang.

Apakah dengan memberikan laluan semasa di Galas ini membuktikan UMNO sudah telus, tapi memang benar UMNO memperalatkan RTM malahan bukan RTM sahaja, semua saluran TV. di perkosa oleh UMNO.


Langkah itu juga menepati harsat kepimpinan Perdana Menteri yang mahukan 'rakyat diutamakan'.

"Saya menyambut baik RTM itu dan berharap pihak pembangkang menggunakan ruang tersebut sebaik mungkin untuk kepentingan rakyat," katanya. Katanya, langkah itu juga secara tidak langsung akan menarik jumlah penonton kerana berpeluang melihat dan mendengar apa sebenarnya aktiviti dan pendirian pembangkang dalam sesuatu isu.

Rasanya, tak ramai yang nak dengar, kerana sudah pasti apa yang di siar tidak sama dengan apa yang dicakapkan nanti, mesti potong sana potong sini.

Bagaimanapun tegas Syed Ali, kelonggaran tersebut bukan bermakna pihak pembangkang boleh mengeluarkan pelbagai kenyataan atau kritikan tidak berasas atau dakwaan fitnah terhadap kerajaan termasuk pemimpin UMNO dan BN.

Pihak pembangkang setiap kali berhujjah semua dengan fakta, lihat sendiri apa yang terjadi dengan kes di Felda, kan ke ada penyelewangan dan dah ada peneroka yang menang di mahkamah.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang memberitahu RTM akan akan memberi liputan terhadap aktiviti parti pembangkang bermula pada kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Semalam Rais yang turut mengetuai perarakan calon UMNO bagi DUN Galas di Gua Musang, menjelaskan kementerian memutuskan memberi ruang kepada aktiviti parti pembangkang kerana menyedari mereka juga mempunyai pemikiran baik untuk faedah rakyat.

YB Rais, bukan setakat daya fikir, malahan cukai juga di bayar untuk tujuan membantu kerajaan, kerajaan di bawah UMNO saja yang tamak dan tidak faham cara pemerintahan. Dah 53 tahun dan PRU dah 12 dan RPK selepas PRU 12 Galas adalah yang ke 13, baru sedar pembangkang juga daya daya fikir yang baik untuk rakyat. pi dah rais anak yatim.


Menurut Syed Ali lagi, langkah terbaru RTM itu diharapkan akan memberi kesedaran kepada parti-parti pembangkang supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang dilihat tidak mempunyai fakta jelas sebaliknya bersifat pembohongan. "Selama ini rakyat disogokkan dengan cerita-cerita karut dan fakta mengelirukan yang dimainkan oleh pembangkang menerusi media cetak milik mereka," ujarnya.

Kesedaran sebenarnya dah ada pada UMNO / BN mereka dah terasakah kelemasannya, dgn itu cuba nak pujuk tapi dengan kepimpinan UMNO memang tak boleh buat baik - kata pepatah " seperti melepaskan anjing tersepit "

Mengenai isu kes khalwat yang dikatakan membabitkan calon PAS bagi DUN Galas, Syed Ali menjelaskan ianya soal peribadi dan selagi tidak ada bukti sahih ianya tidak boleh diperkatakan kerana ia menghampiri fitnah.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berharap kempen pilihan raya kecil DUN Galas akan berjalan dalam suasana harmoni dan mematuhi peraturan dan etika yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
"Ketika semua pihak sedang berusaha untuk mencari kemenangan di DUN Galas, kita berharap tidak akan berlaku insiden yang boleh mencacatkan proses pilihan raya," katanya.

Untuk memastikan keharmonia dan kelancaran setiap kali PRU atau PRK - samseng UMNO menjadi dalang setiap setiap insiden. jadi Syed Ali nasihatkan pemuda untuk berwaspada dan jaga tingkah laku.





PAS DALAM ARENA POLITIK BARU DI MALAYSIA

..
Ukhwah Politik

Mereka dah ada satu anjakan paradigma dalam politik
siapa terkedu kini?


Dulu-dulu orang PAs geli geleman bila melihat bendera Roket DAP. Apa lagi untuk memegang dan mengibarkannya. Tetapi hari ini, zaman politik tanpa sempadan bendera Roket bukan saja berkibar bersama bulan tetapi orang Pas sendiri yang tegal menjulangnya.



Gambar kaum Muslimat di Penamaan Calun Di Galas.

Bukan nak tunjukan keakraban mereka, bukan nak kata apa-apa tapi kalau di lihat cara kaum muslimat ini memberikan sokongan kepada calun cukup tertib, cukup sopan, apakah mereka ini memang dilatih sedemikian rupa atau di arahkan untuk berkelakuan sedemikian?
Bukan nak kata juga, kalau kita lihat clip vidoe Putri yang beronggeng memang martabat kaum hawa ini memang jauh beza antara Muslimat PAS dengan Wanita mau pun Puteri UMNO.


ANTARA ROSNAH, SHAHRIZAT DAN MASHITAH - SIAPA BERGETAH

YB Shirlin - di himpit masalah 3G - Ketua Puteri

Pandanglaaaaah…. Lihatlaaaaaah…. !!

Beginilah rupa saiz badan dan potongan bentuk badan seorang Ketua Puteri UMNO Malaysia…. Ketua yang seharusnya menjadi contoh tauladan kepada semua..!

Apabila sebut sahaja perkataan Puteri, sudah pasti gambarannya ialah seorang wanita yang ayu, pinggangnya ramping, pasti ada potongan yang menarik. Ikut bahasa yang tidak formal, kita sebut MENGANCAM!!

Tetapi apa sudah jadi dengan Ketua Puteri UMNO Malaysia..? Yb Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mempamerkan keterampilan persis seorang wanita obesiti…, inikah ciri ciri seorang Puteri..?

Mungkin inilah juga antara faktor utama yang menjadikan ramai anak anak muda wanita “kureng” tertarik mahu sertai Pergerakan Puteri UMNO..? Tak ada daya tarikan langsung..!

Malah dalam Persidangan Puteri UMNO tahun ini, para perwakilan seolah-olah mahu “menyindir” Boss mereka secara sinis… Antara isu isu perbahasan Puteri ada yang mengesyorkan agar Pergerakan Puteri itu menjauhi “permasalahan 3G” dikalangan mereka iaitu GEMUK, GEMPAL, dan GEBU….!

Wah waaahh waaahhhhh…! Dah kena tepat kepada batang hidung Rosnah.. Sudah pasti ketiga tiga G yang dimaksudkan itu memang ada pada tubuh badan Ketua Puteri itu!

Tetapi, malang sekali apabila tuan punya diri pula masih enggan “memperbaiki kelemahan” diri sendiri dan mengakui kelemahannya. Dalam ucapan penggulungan Rosnah pula, beliau sebaliknya mengajak Pergerakan Puteri menukar maksud 3G kepada GEMPUR, GENGGAM, dan GEGAR…!

Kalau badan bersaiz badak sumbu sudah pastilah tidak timbul sebarang keraguan untuk melaksanakan ketiga tiga G yang disebutkan itu…

Secara jujur memanglah tidak salah untuk Rosnah mengajak keseluruhan Puteri agar membawa kemenangan UMNO-BN dengan bertunjangkan kepada Gempur, Genggam dan Gegar terutamanya apabila dalam keadaan mahu berperang dan bertarung.

Namun begitu, teguran perwakilan Puteri juga seharusnya dijawab dan diakui oleh Rosnah sebagai Ketua Puteri yang gagal membawa perwatakan dan keterampilan menepati cita rasa sebenar sayap yang mewakili parti UMNO.

YB Senator Sharizat - lebih mengancam dari Shirlin

Ada yang mengatakan bahawa keterampilan Ketua Wanita UMNO, Yb Senator Datuk Shahrizat Abdul Jalil jauh lebih kemas daripada Rosnah… Lihatlah sendiri, masih ada bentuk badan dan pinggang dimililki oleh Ketua Wanita walaupun sudah berusia 57 tahun, masih bergetah!

Beza umur antara Sharizat dengan Rosnah ialah 19 tahun…


YB senator Mashitah - lagi bergetah antara beliau dan Sharizat

Satu lagi contoh keterampilan menarik! Yb Senator Dato Dr Mashitah Ibrahim, beliau juga jauh lebih berusia berbanding Rosnah. Mashitah 46 tahun, masih mengancam berbanding Rosnah yang baru berusia 38 tahun…. Pinggang Mashitah ibarat bentuk gitar..., macam kerengga!

Semoga Rosnah segera memperhalusi usul yang telah dibahaskan oleh perwakilan Pergerakan Puteri UMNO mahukan mereka menjauhi 3G – GEMUK, GEMPAL & GEBU..! Luangkanlah masa untuk hadiri slimming programme….

Manalah kita tahu pada Persidangan Agung Puteri UMNO Malaysia tahun depan 2011 nanti, Rosnah lebih slim dari Shahanim Yusoff..?

eshan - pria malaya




Berikan komen anda pada paparan yang di paparkan.

Wednesday, October 27, 2010

MUYIDDIN MOHON RESTU KEMENTERIAN DI PERHIMPUNAN UMNO

Sejak akhir-akhir ini diperhatikan, pihak Menteri Pelajaran yang juga bertindak sebagai Timbalan Perdana Menteri sudah hilang kepercayaan kepada badan-badan " sokongan " di kementeriannya, Kementerian Pelajaran. Dasar pelajaran, kebajikan guru banyak di laporan kan di arena lain, bukan di kalangan para pendidik, bukan di parlimen tapi pembentangan di buat di perhimpunan UMNO, apakah beliau kini sudah hilang kepercayaan kepada " subordinate ", apakah dengan cara ini beliau meraih simpati atau mementingkan " keuntungan politik " cara cepat?


Tan Sri Muhyiddin Yasin, Menteri Pelajaran Malaysia

Perubahan cara Muhyiddin membuat perubahan dasar ini mewajibkan lulus mata pelajran Sejarah di SPM mulai 2013 seolah-olah Kemeterian Pelajaran diujudkan tanpa ada " orang lain " di sekelilingnya, apakah beliau lupa keujudan kementerian itu adalah gabungan parti-parti di parlimen, sudah tentu adanya kerabat dari BN itu sendiri dan sudah pasti dari parti pembangkang. Atau apakah untuk memastikan Muyhiddin menduduki tangga " presiden " beliau perlu melaporkan terlebih dahulu kepada " pengundi " beliau dari perwakilan UMNO.

Kenapa, Dasar Pelajaran Negara diputuskan dalam perhimpunan parti politik, bayangkan impaknya kepada anak-anak. kenapa desakan dari perwakilan yang diambil kira dan di mana pegawai-pegawai Kementerian, atau apakah semua pegawai khususnya dari sektor akademik, bahagian peperiksaan, bahagian buku teks dan sudah tentu bahagian perjawatan kerana ianya akan melibatkan guru-guru yang akan mengajar nanti. Perancangan, persediaan, keperluan, kewangan, tenaga pengajar dan sebagainya sudah tidak diambil kira.

Bukankah baik cadangan perwakilan itu diterima dahulu, dibincangkan pro dan kontranya di peringkat kemeterian lalu dijadikan arahan atau dasar. Apakah tidak boleh begitu ?Atau adakah kerabat dalam BN sebagai " rubber stamp " sahaja? Kenapa perlu tergesa-gesa ?

Beliau juga mungkin lupa di mana kalangan guru sudah ada yayasannya " Yayasan Guru", kini beliau mengumumkan pula yayasan baru Yayasan Guru Tun Husseinn Onn. Rasanya yayasan ini telah diwar-warkan semasa perayaan hari Guru Peringkat Kebangsaan di Johor Baru, di mana menteri ketika itu ialah Hisyamuddin tun Hussein. Sudah bertahun baru nak ambil tindakan. Baru nak bawa ke parlimen. Bajet dah ada di tambah pula RM10juta dari PM sendiri dengan itu Yayasan ini akan di mulai dengan peruntukan sejumlah Rm210 juta. Pengumuman di buat di Persidangan UMNO - apakah semua perwakilan terdiri dari kalangan guru atau semua perwakilan dari persatuan & kesatuan guru?

Apakah Yayasan ini akan mencari ahlinya pula, dan apakah yang akan terjadi dengan ahli Yayasan Guru sebelum ini yang mendaftarkan diri sebagai " ahli seumur hidup " dan apakah ahli dulu akan diterima secara terus, dan apa kah ahli-ahli ini akan menikmati kemudahan yang telah disediakan dulu.

Lagi isu dari Kementerian Pelajaran yang memerlukan penjesalan. Pihak audit negara telah mengenal pasti apa yang dilakukan oleh pihak kementerian berkaitan dengan RMT ( Rancangan Makanan Tambahan )

Satu sample dari SK Jeroco di Lahad Datu, Sabah dengan menu, sandwich yang dijanjikan itu sepatutnya juga mempunyai timun, tomato dan salad, tetapi kanak-kanak itu cuma dibekalkan dengan marjerin dan sardin sahaja. Selain SK Jeroco, pembekal makanan di lima sekolah rendah yang lain sekitar Malaysia juga didapati membekalkan kualiti makanan yang jauh lebih rendah daripada menu yang dicadangkan mengikut Rancangan Makanan Tambahan di sekolah-sekolah. "Selepas maklum-balas daripada pakar pemakanan daripada jabatan pemakanan, Kementerian Kesihatan, kami dapati makanan daripada menu yang dibekalkan boleh menyebabkan pemakanan yang tak seimbang dan akan membantutkan perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak,” petik laporan Ketua Audit Negara itu. Perkara ini didedahkan dalam Laporan Audit Negara tahun 2009.

Rancangan Makanan Tambahan diperkenalkan 30 tahun lalu bagi memberi kanak-kanak kurang berkemampuan makanan percuma pada nilai RM1.80 (di Semenajung Malaysia) dan RM2.05 (di Sabah dan Sarawak). Namun, laporan Ketua Audit Negara mendapati beberapa kontraktor terus menipu dalam pembekalan makanan kanak-kanak. Antaranya adalah apa yang berlaku di SJK(C) Choong Hua 2 di Bidor, Perak. Pembekal makanan kantin menyediakan bungkusan mee segera kepada kanak-kanak, di mana sepatutnya mereka dibekalkan dengan bihun goreng.


Tuesday, October 26, 2010

AKHBAR MALAYSIA - TULISAN SEPERTI SAMPAH

Entri Terdahulu...

Powered by Blogger Widgets

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA