Homestay untuk di sewa
Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM120 - RM150 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 013-4500678, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Thursday, September 30, 2010
SAYA DAN RAKAN DI VIENNA - CERITA POLITIK
Clear Chat History
6:37pmMe “ bagaimana cuaca di sana waktu ini, malaysia la ni jam 7ptg nak magrib dah”
6:37pmHassan: “ alhamdulillah, dah masuk zuhur dini, jam 12.30 dan dah mulai sejuk... salam buat semua “
6:38pmMe: “ tk di malaysia akan diadakan PRK untuk DUN Galas di kelantan. Adun yang ada meninggal kerana serangan usus”
6:38pmHassan: “ tahu... huh, kami pun akan sibuk juga la nt ha ha”
6:39pmMe: “ ngapa, turut sebok adakah di sana juga terlibat dengan PRK terebut”
6:40pmHassan: “ ha ha ha biasanya kami akan adakan kajian awal, predict keputusan ramai org di sana xperlu saya mrk kerja 24 jam buat prediction mcm2
6:41pmMe: “ dulu PAS dpt majoriti hanya 636, apakah predict tn. kali ini”
6:42pmHassan: “ belum tahu... pilihanraya kecil biasanya sukar dibaca sbb jentera negara lwn jenteru sebuah parti”
6:43pmMe: “ sdr. saya mohon pendapat waktu ini apakah politik kita berada dilandasan yan benar”
6:43pmHassan : “ belum, dalam proses politik di landasan yg baik, mungkin boleh dirujuk di eropah tengah misalnya austria ni hampir sama dengan politik di Madinah dahulu
6:45pmMe: “ dptkan sadikit gambaran di sana”
6:46pmHassan: “ maksudnya tiga elemen Islam itu kedapatan warak, pragmatik dan praktikal WARAK MUNGKIN dapat disamakan dengan di barat ini sbg intelektual abadi pentingkan demokrasi, sosialisasi dan modenisasi secara seimbang dan dinamik, adil, saksama dan bertanggungjawab di eropah semua perkara, misalnya di Vienna dari hal ekon, politik n sosial adalah mementingkan orang ramai dulu baru yg lain sekolah di sini percuma univ percuma pengangkutan awam 1.80 untuk sehari, boleh guna semua jenis dari tram, bus dll satu tiket shj dan sampai meski di lorong mana sekalipun orang-orang tua semua percuma dari kesihatan dsbsetiap warga negara diberi 65% bantuan pemilikan rumah, maksudnya semua org ada rumah di sini
6:48pmMe: “ apakah negara kita tak boleh atau tak mampu dengan keadaan sedemikian”
6:48pmHassan: “ rakyat mereka hanya bekerja utk melancong, itupun wajib cuti melancong selama 2 bulan setahun diebrikan, negara kita adalah negara Islam, sebab kita tidak amalkan sistem sosial Islam, eropah amalkan, semua negara Islam tidak mengamalkan sistem politik ynag baik, politik kita adalah politik 'sempit', pertembungan dua sistem shj, manusia politik dan partinya, rakyat tidak pernah terbela, namun kita dulunya hampir menemukan landsan yg betul pd tahun 1970an, namun ia rosak sepenuhnya di sepanjang zaman materialisasi 1982 hingga 2000, dan skrg sukar utk diperbaiki
kadar jenayah adalah bukti kepunahan sistem ini, di vienna jenayah jk berlaku, parlimen akan bergegar krn sgt tidak mungkin terjadi meski 'kes penyeluk saku' bayangkan sekira tjdi pmbunuhan mcm arwah sosilawati, saya rasa negara ini akan menangis selama 10 tahun kenapa dia terjadi
6:53pmMe: “ padangan dan huraian tn. cukup baik dan saya perlukan sesalinan dan emailkan teks tersebut ke : shida2585@yahoo.com”
6:53pmHassan: “copy je di situ ha ha... ni pun dah nak kuar p masjid jap, kat sini biasa antara zuhur dan asar mereka ada ngajar teks-teks lama, salam buat semua”
6:54pmMe: “ ok thanks for everything”
JUDI - HASILNYA UNTUK BAYAR GAJI PERKHIDMATAN AWAM
Sebenarnya hasil judi telah lama kedengaran malahan ianya menjadi sumber pendapatan tetap kerajaan, malahan " permainan " ini diberikan kelonggaran oleh pihak pemerintah, seperti apa yang berlaku semasa Pertandingn Bolasepak Piala Dunia 2010 tempoh hari. Dengan riuh rendah rakyat akhirnya permainan tersebut di batalkan.
Sekali lagi, kaitan dengan wang judi menjadi isu negera, isu sebagini sudah pasti di bawah oleh UMNO, kerana untuk mendapatkan publisiti, kerana kerajaan negeri bawah pemerintahan PR yang sanggup melakukan perkara sedemikian. PR Selangor dapat memberikan bayaran percuma untuk rakyatnya harga air, Kedah juga turut demikian dan berjaya juga mengrakyatkan ekonomi untuk kepentingan rakyat.
Lihat dan perhatikan carta di bawah, dan soalan jawab di parlimen berkaitan dengan wang Judi di Malaysia.
petikan dari Muslimin UnitedTuan Loke Siew Fook (Rasah) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada hasil cukai perjudian diasingkan daripada Akaun Hasil Disatukan, mekanisme untuk menguruskan hasil judi, kegunaan hasil ini dan berapa peratuskah hasil ini disalurkan untuk menangani masalah sosial akibat daripada masalah perjudian.
JAWAPAN:
1. Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini, hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil cukai kepada Kerajaan. Berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan Perkara 97 dan Akta Tatacara Kewangan 1957 (semakan) 1972 semua hasil atau terimaan yang diterima oleh Kerajaan Persekutuan hendaklah dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan adalah terdiri dari tiga akaun utama iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan. Bagi semua hasil daripada bayaran cukai ia akan dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan sama seperti semua hasil Kerajaan yang lain dan digunakan untuk tujuan belanja mengurus dan pembangunan negara.
2. Pada masa ini Kerajaan tidak ada memperuntukkan sejumlah peruntukan yang khusus bagi menangani masalah sosial akibat ketagihan judi. Namun Kerajaan pada setiap tahun menyediakan peruntukan dalam bajet tahunan kepada Kementerian-kementerian berkaitan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti sosial
3. Selain dari itu Kerajaan juga sedang dalam peringkat kajian untuk mewujudkan satu kod yang khusus dalam Akaun Hasil Disatukan bagi mengakaunkan semua kutipan daripada aktiviti perjudian dan ia akan disalurkan kepada perbelanjaan yang dibenarkan oleh syariat Islam.
Saya yakin En Reezal fasih dalam Bahasa Malaysia dan boleh memahami maksud jawapan yang diberikan oleh Menteri Kewangan Malaysia, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan Presiden parti yang diwakili oleh En Reezal.
Untuk itu kita fikir-fikirlah, bagaimana wang yang kita ( kakitangan kerajaan ) terima sebagai gaji bulanan, untuk menanggung anak bini dan sebagainya.
Wednesday, September 29, 2010
SEKOLAH HARAPAN, RUMAH HARAPAN - PENGGALAK ZINA
Khuttab pada 24 Sep. 2010
Sekolah Harapan, Rumah Harapan adalah satu idea dari KM Melaka dan pada asas penubuhanya telah menerima 6 pelajar dari seluruh negara dan mereka ini akan dibekalkan dengan budaya hidup sebagai seorang " manusia " yang mengerti tentang baik buruknya apabila " ketelanjuran " berlaku. Tapi bagaimana sekolah ini berfungsi dengan baik kerana perbezaan antara pendekatan orang Muslim dan " non muslima ?"
Berbalik kepada Khuttab minggu lalu, khatib memaklumkan " pendedahan aurat memberi sumbangan besar dalam mukadimah zina, sebagaimana yang kita maklum, antara amalan untuk menjauhi zina lah menjaga mata serta menjuai perkara yang boleh menimbulkan syahwat"
Faktor ini di kuatkan dengan satu kajian oleh UKM pada 2009 sepanjang 6 bulan dengan penglibatan hampir 600 responden di pusat-pusat pemulihan akhlak seluruh negera. hasilnya mereka yang temu bual kalangan remaja berusaha 15 - 20 mengesahkan " menonton bahan lucah " memberi 60% respond kepada ketelancuran tersebut.
Untuk itu kata Imam Al-Ghazali penambahan ilmu agama:
1- yang menambahkan rasa takut kepada Allah
2- yang dapat membuka mata hati untuk menampakkan keaiban diri sendiri
3- yang dapat menambahkan cara untuk menambah amalan beribadat
4- yang dapat mengurangkan rasa tamak kepada dunia
5- yang rasa cintakan akhirat
6- yang dapat membuka mata hati kepada perkara yang boleh membinasakan ilmu yang ada
7- yang jelas kelihatan tipu daya syaitan dalam merosakan kita sepanjang masa
Kita juga melalui Jabatan Pendaftaran Negara ( JPN ) dilaporkan masa kini dari 2000 - 2008 sejumlah purata 84 orang bayi zina dengan jumlah 257,000 dalam jangka masa tersebut. Tapi apakah dengan melaksanakan Pendidkikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial ( PKRS ) dalam kurikulum dapat mengatasi masalah ini, kalau di ambil contoh toeri ini dilaksanakandi united Kingdom, yang berjaya ialah mengurangkan pelajar mengandung tapi " berzina " masih berleluasan. Untuk itu teori ini boleh menghidupkan budaya zina cara selamat dan terhormat , sebaliknya yang salah ialah mengadung akibat tidak pandai berzina. ia ibarat mengajar pelajar cara mencuri dan menyamun dengan betul dan ikhlas.
Bagitu juga dengan Sekolah Harapan, Rumah Harapan ini, mungkin kegiatan penzinaan akan meningkat dan lahirlah anak-anak zina, kita bimbang masa terdekat sekolah ini akan tumbuh seperti pesatnya pertumbuhan kelab-kelab malam, atau pesatnya penambahan pusat-pusat pengajian tinggi.
Akibat dari tindakan yang tidak mau kembali kepada sistem Islam dan masih mengagungkan fahaman sekuler ini wang rakyat yang menjadi mangsa, banyak wang digunakan untuk merawat mereka yang terlibat dengan salah laku sosial ini. Pengidap HIV/AIDS ini cukup mencemaskan 70% dari pengidap berjumlah 87,710 orang mereka adalah dari kaum kita MELAYU.
Ayuh pemerintah, kembalikan ke jalan Allah, tutuplah pintu-pintu penggalak zina seperti kelam malam, hiburan yang melalaikan, rancangan TV dan majallah yang menjuruskan daya fikir dan daya ingat manusia untuk ke arah zina. Kuat kuasakan hukum yang telah termaktub dalam Alquran. pasti penyelesaikan tercapai.
PKR - ZAID - SAYA DAH PEGANG JAWATAN LEBIH TINGGI DARI TIM. PRESIDEN
![]() |
“Saya tidak pernah meletakkan cita-cita untuk menjadi perdana menteri, atau (menjawat) apa-apa (kedudukan). Kalau saya hendak main politik sepak terajang (ball politics), lebih baik saya berada dalam Umno.

Zaid & Azmin - siapa pilihan anda?
tertentu. Saya pernah lepaskan jawatan yang lebih tinggi daripada timbalan presiden PKR.
Tuesday, September 28, 2010
MEMFITNAH MEMANG BUDAYA UMNO

Muahaha..
1) POLISI'MEMBASIMI' KEMISKINAN TEGAR?? (MEMBASIMI??ape yg basi??)
2) No rujukan tulis tgn (mungkin kot, pernah gak tgk surat kerajaan tulis tgn)
3) 'Rm' 500,000.00 'telahpun' (Xtau lak RM jadi Rm and telahpun btol ke perkataan ni ade? aku BM xbagus sgt, tp cam pelik je)
4) di 'ats'? (pakai ayat sms ni..haha)
5) Sekian, 'terima' Kasih (t huruf kecik)
6) "CEKAP, AKAUNTABILITI & TELUS" (tgk spelling errors kat atas..hmm, xcekap la..kalau surat ni btol..xde langsung org check ke spelling error die, surat dari ketua menteri ni..huahuahua..) fikir-fikirkan...
pandangan: apakah benar surat di atas dari pejabat KM, atau di tulis secara tergesa-tegesa.
atau adakah tenaga pekerja di Pejabat KM tak pergi sekolah atau mereka memang bodoh atau pemfitnah yang bodoh.
Monday, September 27, 2010
SIAPA TERDESAK BN ATAU PR
Dengan nyawa-nyawa ikan waktu ini mereka yang berkuasa ( sama ada di jabatan, kementerian mau pun di syarikat-syarikat tajaan kerajaan ) terus memaksa kakitangan agensi dibawah kelolaan mereka agar tidak di serapi oleh idea-idea pembangkang, semua maklumat perlu di tapis agar tidak diketahui oleh mereka yang berhak.
Sebuah GLC perladangan kini sudah menyenaraikan hampir 15 warga kakitangan pejabatnya perlu di pindah segera kerana mereka di dapati menunjukkan minat kepada idea-idean pembangkang dan kadang kala mereka sebagai sumber maklumat kepada pembangkang. Di fahamkan ada kalangan mereka juga di tegah menggunakan songkok putih untuk ke masjid, mereka juga di awasi di awasi setiap gerak geri dan dengan siapa pula mereka sering bersama, pemerhatian " balaci " ketua GLC ini akan membuat laporan dan seterusnya dengan tanpa membuat " kajian " laporan yang diterima terus diguna pakai dan tindakan segera " pembuangan " perlu di laksanakan.
Kenapa perlu si isteri diambil tindakan jika sisuami yang aktiv, kenapa tak dapat tanduk telingan yang dipulas, apakah ini cara pemimpin kita berfikir? Kini semua kakitangan bergerakan sungguh tersiksa, sungguh amat sukar, semastinay berhati-hati agar setiap pergerakan tidak diperhatikan oleh " balaci-balaci " tersebut.
PKR LEBIH MATANG - SELEPAS PEMILIHAN 2010
Untuk itu apakah insiden yang berlaku di bebarapa pemilihan peringkat Cabang juga telah meniru dan masih mengamalkan sistem dan cara UMNO untuk memastikan kepimpinan terus menjadi " hak " mereka? Keujudan " team " sepatutnya tidak berlaku, kecurigaan antara satu sama lain sepatutnya tidak ada, tapi apa yang berlaku. Tapi ini semua terjadi. Bagaimana pertelingkatan antara Zaid ibrahim dan Azmin Ali. Cukup memalukan. nak bertanding- lawanlah dengan dan berkempen dengan melontar idea, visi misi arah perjuangan, bukan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh memporakperndakan keadaan. Jadi apa yang berlaku di peringkat pusat ianya menjadi ikutan di peringkat cabang.
Blog GM ini dikunjungi oleh pengunjung yang rasa terkilan dengan apa yang berlaku di Cabang Pasir Salak, kenapa dan mengapa Sdr. Mustaffa Kamil pemangku Ketua Cabang boleh kalah, apa perlu Tn. Hj. Osman yang sudah menyerahkan jawatan ketua kepada Sdr. Mustaffa kembali untuk aktif semula. apakah penyertaan Hj. Osman ini ada kaitan dengan apa yang perlaku di peringkat pusat? Apakah benar ahli akar umbi memerlukan tenaga Hj. Osman untuk mengurus tadbir PKR Cabang Ini. Jawapan ada pada Hj. Osman.
Keujudan Kem
Hj. Osman dengan Kem Mustaffa Kamil ( gambar sebelah ) pada asasnya baik, tapi apabila kata-kata untuk mempengaruhi ahli dengan mencerca dan menabur fitnah antara satu sama lain sudah pasti meninggal " titik-titik hitam " dalam suasana harmoni yang telah lama di bina sama ada zaman Hj. Osman mau pun zaman Sdr. Mustaffa kamil.Jadi kepada " tak tau ", " A rachman ", " Ahli Kecewa " dan " orang lama PKRe, ( mereka adalah antara pengunjung GM - yang memberikan tegoran dalam hal pemilihan ini ) perlu menyedarai hakikat perubahan ini, dan harus menerima apa yang berlaku sebagai satu permulaan ke arah memantapkan perjalanan parti. Memang tidak dinafikan PKR adalah parti dari gabungan berbilang bangsa, jadi sudah tentu peranan ' rasis ' menjadi mainan dalam haini. Apa yang perlu kita lakukan ialah bagaimana untuk menambahbaik perjalanan parti buat masa akan datang dan memastikan calun PKR yang akan bertanding musim PRU13 nanti dapat membantu kemenangan PR sertu seterusnya memerintah Perak dan merampas Putra Jaya.




Gambar hiasan, apakah kekecohon yang amat " dahsyat " ini
pratanda PKR akan berkubur
Sunday, September 26, 2010
KEMANA PERGIKNYA WANG FELDA
Ustas Idris juga agak panjang menghuraikan berkaitan dengan isu, orang kafir masuk ke masjid yang ditentang oleh UMNO. ke 4 mazhab mengatakan boleh kecuali Hambali, tapi yang paling teruk ialah UMNO, kerana UMNO tidak membenarkan kalangan muslim sendiri untuk masuk ke masjid. UMNO amat takut dengan kehadiran Ulama PAS untuk memberikan cermah di masjid-masjid.
Nasihat kepada penduduka tempatan agar meninggalkan UMNO/ BN sebaliknya terus memberikan sokongan kepada PR, kerana terbukti kini negeri yang di perintah oleh PR telah menujukkan kecemerlangan pengurusan dan pentadbiaran, rakyat menikmati kemewahan hasil negeri, lihat bagaimana Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.
Negeri di bawah pemerintahan PR yang bemottokan kesejahteraan penghidupan dengan berpegang kepada Islam sudah membuktikan kemampuan pengurusan pentadbiran tersebut, untuk itu penduduk Kg. Gajah dan sekitar perlu juga memberikan peluang kepada calun dari PR pada PRU13 nanti.
Saturday, September 25, 2010
CABANG PASIR SALAK DAPAT KETUA BARU
Kini sudah tentu PKR Pasir Salak bergelora, rasa tidak puas hati sudah tentu ujud, kerana sepanjang 2 minggu telah ujud 2 kem - kem haji Osman dan kem sdr. Mustaffa dan kedudukan beliau di peringkat negeri dan pusat juga tercalar. Apakah ini yang di cari oleh Hj. Osman, atau apakah Hj. Osman dapat arahan dari KL untuk mencalarkan Sdr. Mustaffa, kerana keinginan sdr. Mustaffa untuk jawatan Timbalan Presiden yang kini sudah layak untuk bertanding mungkin di curigai oleh pihak calun-calun yang lain.
Walau apa pun " buruk laku " yang berlaku kini, PRU13 perlu diletakkan sebagai matlamat, kekuatan PKR di Pasir Salak banyak di bantu oleh PAS. kesetiaan kawan perlu ada, PKR ada 2 kerusi ( 1P 1 N ) PRU12, jika kecelaruan kalangan ahli dengan ujudnya 2 kem ini nanti apakah penganugerahan 2 kerusi dapat dikekalkan. keintiman dan keserasian sesama ahli kini ini terletak pada bahu Hj. Osman sebagai Ketua Cabang dan jawatankuasanya. Perbaiki segera apa yang terjadi sepanjang 2 minggu yang lalu. Rapatkan balik saf kepimpinan. Tegohkan balik saliturahim di kalangan ahli. Apa yang penting PRU13 perlu menjadi matlamat.
BERPAKAIAN - MELAYU ISLAM DI PERSIMPANGAN JALAN
Khuttab pada 24 Sep. 2010
" Wahai anak-anak Adam! pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat ( atau mengerjakan sembahyang ), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampaui, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas "
gambar hiasan -
apakah ini cara terbaik berdepan dengan Alquran?
Oleh itu adalah menjadi satu fitnah oleh pihak orentalis barat memfitnah dan menuduh Islam menyekat penganutnya " berlawa " semata-mata kepada amalan menjaga kecantikan kerana arahan dalam menjaga aurat, menjaga aurat adalah satu tuntutan bukan menyekat. Tapi kalau kita lihat bagaimana pihak tertentu menggunakan kecantikan wanita kini dengan " menelanjangi " mereka untuk kepentingan tertentu. Pihak Kapitalis terutamanya menjadikan tubuh wanita sebagai bahan dagangan yang dipergunakan bagi mengaut keuntungan melalui iklan,program hiburan dan sebagainya. Adalah amat malang jika umat Islam turut gembira untuk " melacurkan " tubuh mereka untuk diperdangkan oleh pihak kapitalis yang tidak berhati perut.

gambar hiasan
apakah ini satu budaya " berpakain " cara baru?
Di kala dunia " tanpa sempadan " dunia " golkar " ( kana PM ), dunia " dihujung jari ". Malangnya masyarakat sudah selesa dengan trend pemakaian yang tidak menepati syariat Islam. Bagi lelaki seluar pendek dan perempuan pula dengan jean dan baju T yang jelas menonjolkan bentuk tubuh badan, baju yang sendat seperti " salut nangka " baju T dengan tangan pendek. Ini adalah bagi tanggapan mereka sebagai lambang kemodenan atau mereka sendiri sudah jahil dengan hukum agama berkaitan dengan aurat seorang muslim itu?
APAKAH INI LAMBANG KEMODENAN?
Kita juga terpanggil bagaimana kalangan umat Islam di negar barat di sekat dengan berbagai-bagai undang untuk mereka menggunakan purdah. Kepimpinan Barat melebalkan berpakaian " purdah " merbahaya sebaliknya " telanjang bulat " adalah lambang kemajuan dan kejayaan. Adakah teori ini yang dijadikan ikuttan oleh kaum Muslimin masa kini?
Khuttab ini juga menyeru agar kaum muslimin di semua peringkat - sama ada mereka pemimpin, pengikut, peneraju negera dan sebagainya disisi Allah kita semua adalah sama dan malaikat Raqib 'Atid berada di mana-mana untuk mencatat dan merekodkan setiap amalan baik dan jahat kita. Jadilah pemimpin, bapa, suami, abang yang prihatin untuk menegur cara berpakaian anak, isteri dan orang di bawah tanggungan kita.
Friday, September 24, 2010
RAMADHAN - KAMI TERUS MERINDUI MU
Apakah setiap individu Muslim hanya berjaya untuk berkata " kami beriman " sedangkan keimanan yang ada pada diri mereka langsung tidak pernah diuji. Ayat 2 & 3 surah al-'ankabut bermaksud " Dan demi sesungguhnya! kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka ( dengan ujian Yang demikian ) nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang di ketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
Islam tidak melarang umatnya berpakaian cantik - edisi akan datang
SIAPA TERDESAK BN ATAU PR
Dengan nyawa-nyawa ikan waktu ini mereka yang berkuasa ( sama ada di jabatan, kementerian mau pun di syarikat-syarikat tajaan kerajaan ) terus memaksa kakitangan agensi dibawah kelolaan mereka agar tidak di serapi oleh idea-idea pembangkang, semua maklumat perlu di tapis agar tidak diketahui oleh mereka yang berhak.
Sebuah GLC perladangan kini sudah menyenaraikan hampir 15 warga kakitangan pejabatnya perlu di pindah segera kerana mereka di dapati menunjukkan minat kepada idea-idean pembangkang dan kadang kala mereka sebagai sumber maklumat kepada pembangkang. Di fahamkan ada kalangan mereka juga di tegah menggunakan songkok putih untuk ke masjid, mereka juga di awasi di awasi setiap gerak geri dan dengan siapa pula mereka sering bersama, pemerhatian " balaci " ketua GLC ini akan membuat laporan dan seterusnya dengan tanpa membuat " kajian " laporan yang diterima terus diguna pakai dan tindakan segera " pembuangan " perlu di laksanakan.
Kenapa perlu si isteri diambil tindakan jika sisuami yang aktiv, kenapa tak dapat tanduk telingan yang dipulas, apakah ini cara pemimpin kita berfikir? Kini semua kakitangan bergerakan sungguh tersiksa, sungguh amat sukar, semastinay berhati-hati agar setiap pergerakan tidak diperhatikan oleh " balaci-balaci " tersebut.
GANGSTERISME - KINI MENGUASAI BUDAYA MALAYSIA
Gejala gengsterisme melibatkan kaum India didakwa berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemimpin politik di kalangan kaum tersebut yang 'membela' mereka. Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas mendakwa, tindakan itu bertujuan mengekalkan pengaruh politik dan melindungi kegiatan tidak bermoral pemimpin yang bersikap talam dua muka itu. sumber - Utusan Malaysia - 20 September.
PAS dalam Harakah edisi Bil. 1574 juga mengharapkan agar pihak Kerajaan dapat memastikan " gangster politik " ini dapat dihapuskan dengan secar menyeluruh dan tidak tertumpu kapada kaum India sahaja. Kerana jika pembenterasan ini cuma memihak kepada satu kaum sedangkan kaum di Malaysia di monopoli oleh 3 kaum terbesar Melayu, Cina dan India. Juga pada masa kini gejala gansterisme ini terlah berakhir umbi termasuk di kalangan VIP dan ahli politik yang melindungi mereka. Contoh paling ketara di Kempen PRK Bagan Pinang bagaimana pihak tertentu telah melakukan serangan terhadap markas Pemuda PAS dan ianya tidak di ambil tindakan oleh pihak tertentu.Sehubungan itu tambahan Datuk M Kayveas,beliau sedia bekerjasama dengan pihak polis untuk memberikan maklumat tentang beberapa pemimpin politik kaum India yang didakwanya 'membela' gengster-gengster berkenaan. "Terdapat segelintir pemimpin politik daripada kaum India di negara ini yang membela dan menggunakan gengster sebagai orang suruhan merema " katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.Beliau mengulas gesaan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Mohd. Zaman Khan yang meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak segera bagi mengekang gejala gengsterisme melibatkan kaum India. Disamping itu juga Datu T. Murgiah Tim. Menteri di JPM juga memberikan sokongan dan memohon jasa baik PDRM bagi mengatasi masalah gangstrerism ini."Bagaimana anak murid (masyarakat India) ingin bebas daripada gejala gengsterisme sedangkan guru (pemimpin politik India) membela gengster?" keloh M. Kayveas lagi. Agaknya apakah pula komen dari kepimpinan Melayu berkaitan dengan isu ini, apakah gangsterism ini tidak ujud di kalangan bangsa Melayu?
Thursday, September 23, 2010
PKR CABANG PASIR SALAK - BERGELORA
4 September 2010 - tarikh penamaan calon
8 September 2010 - senarai ahli yang bertanding di pamerkan
14 September 2010 - tarikh akhir bantahan
18 September 2010 - senarai akhir calon yang layak bertanding
25 September 2010 - MATC / hari pemilihan Cabang
PKR Cabang Pasir Salak yang di anggap tenang tapi kini telah bergelora dengan ujudnya pertandingan di peringkat pucut pimpinan. Ketiga-tiga jawatan tertinggi Ketua Cabang, Timbalan Ketua Cabang dan Naib Ketua Cabang - Cabang dan AMK di pertindingkan, hanya laluan mudah untuk Wanita kerana, semua jawatan sehinggalah ke Jawatankausa Cabang memang tampa bertanding.
Kini Sdr. Mustaffa Kamil ( gambar atas ) yang dulu diberikan mandat oleh Hj. Osman untuk memangku jawatan ketua cuba " dinafikan " haknya untuk menang mudah. Hj. Osman membuat kejutan dan kembali cuba untuk menerajui semula Cabang Pasir Salak. Ramai kalangan ahli PKR Cabang Pasir Salak tertanya-tanya kenapa Hj. Osman kembali dan ingin menerajui PKR ini, sedangkan laluan telah diberikan kepada Hj. Mustaffa dan pihak pusat pula memberikan kepercayaan kepada Hj. Mustaffa juga untuk mengetuai MPN Perak. Disamping memang Hj. Mustaffa sudah menjawat Naib Presiden di Peringkat Pusat.
Kalangan ahli PKR tertanya-tanya apakah " kembalinya " Hj. Osman ada kaitan dengan pertandingan di peringkat Timbalan Presiden, atau apakah Sdr. Azmin berperanan dalam urusan " comebacknya " Hj. Osman dalam kepimpinan PKR Pasir Salak ini? Atau apakah benar suara " grassroot " memanggil beliau untuk kembali. Persoalan ini tidak ada siapa yang boleh menjawabnya, ini kerana pada hari penamaan calun beliau hadir dalam keadaan " sesak nafas " borang pencalunan di serahkan hampir tarikh tutup penerimaan.
Jika diperhatikan senerio ini kuat mengatakan " kembalinya " Hj. Osman ada usaha kalangan tertentu untuk " menyusah " laluan Hj. Mustaffa Kamil. Kepada ahli PKR Cabang Pasir Salak, dengan kemampuan dan komitmen Sdr. Mustaffa sama ada di peringat Nasional mau pun negeri dan antarabangsa dalam urusan parti, dirasakan beliau perlu diberikan kepercayaan untuk mengemudi PKR Cabang Pasir Salak beliau juga telah layak untuk menyertai pertandingan di peringkat Timbalan presiden. Doa restu untuk menangan Hj.Mus.
Monday, September 20, 2010
APAKAH INI KEBANGGAAN UMNO
Posting ini khas untuk pemimpin-pemimpin UMNO yang bangang. Mereka sedang menyalak kononnya PAS menggugurkan hudud kerana berkawan dengan DAP. Dalam Isu hudud ini pemimpin UMNO sedang meludah ke langit.
PERHATIAN 2 PAPARAN BERIKUT:

APAKAH UMNO MASIH RELEVEN ATAU SEBALIKNYA, FIKIRKAN KENYATAAN DIBAWAH YANG DI USAHAKAN OLEH UMNO UNTUK KEPENTINGAN ORANG MELAYU DARI DULU HINGGA MASA KINI.
3. Siapakah yang menghalau peneroka bandar Melayu di Kg Berembang, Kg Plentong, Kg Chubadak, Kg Malaysia Tambahan?
4. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?
5. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?
6. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?
7. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?
8. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.
9. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?
10. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang2 Melayu yang miskin dalam program PPRT?
11. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja2 Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?
12. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?
13. Siapa pula yang melucutkan kekebalan raja2 Melayu pada awal 1990-an?
14. Siapa yang menggelarkan rajanya 'MENATANG' bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?
15. Siapakah yang mengubah sempasan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999?
16. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak2 istimewa Melayu untuk mendapat biasiswa?
17. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman dengan kadar 4%?
18. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah "infotainment", "boulevard", "presint", "bajet" dan lain2?
19..Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar?
20. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti2?
21. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?
22. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?
23. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?
24. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah2?
25. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist?
26. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu?
27. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu?
28. Siapa yang kekang akta2 maklumat, Auku dan pandangan2 kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan?
29. Siapa yang naikkan harga petrol,diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini?
30. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)?
LIHAT, BACA, BERIKAN TEGORAN DAN PANDANGAN ATAS 30 ISU YANG DIUTARAKAN
Sunday, September 19, 2010
PKR PASIR SALAK, HJ. OSMAN BUAT " COMEBACK "
Telah bermula satu era baru dalam pemilihan kepimpinan parti. Kalau sebelum ini PKR juga sama seperti parti yang lain iatu dengan cara " perwakilan " tapi mulai 2010 ini semua ahli berhak untuk menentukan bakal pemimpin untuk menerajui parti sama ada di peringkat MPP, MPN mau pun di peringkat Cabang.
PKR Cabang Pasir Salak, dimana pemangku ketuanya ialah Sdr. Mustaffa kamil bin Ayub yang juga pada masa kini sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri dan juga merangkap Naib Presiden PKR di peringkat MPP - Majlis Pimpinan Pusat. MPN Perak telah sebulat suara untuk mencalunkan beliau mengisi kekosongan Timbalan Presiden yang di kosong kan Syed Hussein.
Tapi sehingga tamat mesyuarat di peringkat Cabang diseluruh negara terdapat tiga Cabang khususnya di Perak, iaitu Cabang Beruas, Cabang Batu Gajah, Cabang Ipoh Timur tidak mencalunkan Sdr. Mustaffa Kamil untuk jawatan Timbalan. Di mana silapnya dan apa yang sedang berlaku pada peringkat PKR Perak. di mana yang dikatakan sebulat suara untuk Pengerusinya tapi setakat ini sudah ada 3 Cabang yang tidak memihak kepada beliau.
Malahan apa yang menyedihkan lagi, sepatutnya di peringkat Cabang Pasir Salak juga beliau tidak dapat laluan " menang tanpa tanding " kerana bekas Ketua Cabang - Tuan Hj. Osman yang juga pernah menjawat jawatan Pengerusi MPN membuat " come back ". Bagi Tn. Hj. Osman yang secara sukarela 2 tahun yang lalu menyerahkan tugasan tersebut kepada Sdr. Mustaffa Kamil membuat kejutan di saat akhir penyerahan borang pencalunan pada 4 Septemper yang lalu. Mengapa ini harus terjadi? Apa silap dan salahnya kepada kepimpinan sdr. Mustaffa yang memerlukan Tn. Hj. Osman perlu aktif semula dalam kepimpinan parti.
Mengikut rekod PRU12 yang lalu Sdr. Mustafa Kamil telah diamanahkan untuk bertanding di DUN Sungai Manik dan Dewan Rakyat Kawasan Pasir Salak telah menunjukan satu prestasi yang cukup menggalakan di mana DUN Sungai Manik beliau hanya kekurangan 2000 undi dari Calun BN Sdr Zainul Fazli dan di peringkat Parlimen hasil kerja dan kenalan di kawasan ini telah menyebabkan Datuk Tajuddin hampir kehilangan kerusi kerana beliau dapat mengurangkan majoriti dan untuk BN hanya tinggal 2500 undi sahaja. Mengikut rekod Parlimen semasa zaman Allayarham Dato Megat dan Tan Sri Ramli kedua-dua mereka meraih majoriti hampir 20ribu undi.
Untuk itu pada 25 Sep. ini pemilihan di peringkat Cabang Pasir Salak, dijangkakan pertandingan senget antara kedua-dua mereka kerana antara meraka masing-masing ada kekuatan dan kelemahan tersendiri. Walaubaimana pun beliau telah " lepas " dan boleh bertandingan di peringkat Naib Presiden dan Timbalan di Peringkat MPP. Didoakan moga-moga berjaya
BAKAR ALQURAN - PENDUDUK KUALA KETIL TUNJUK MARAH
Jemaah dengan penoh rasa tanggongjawab
Semasa khatib membaca khutab juga, dengan cukup emosional, beliau jug menekankan betapa pada masa kini Dunia Islam telah dipermainkan oleh pihak tertentu terutamanya mereka dari negara barat. Dimana pemimpin Islam, apakah mereka sanggup melihat sahaja apa yang dilakukan oleh dunia barat terhadap Islam. Bagaimana dan kenapa tidak ada tindakan dari gulongan kepimpinan negara terhadap apa yang dilakukan oleh seorang Padri di Australian yang sanggup membakar Alquran - kitab suci untuk umat Islam. Beberapa kali juga khatib memaklumkan pada hari ini, anak-anak jemaah Masjid Jame Kuala Ketil, akan mengadakan tunjuka perasaan khusus berhubung kait dengan peristiwa " kurang ajar " dari kalangan mereka yang sanggup membakar alquaran. Beliau memohon agar semua jemaah yang ada pada hari ini turut sama meluangkan masa di perhimpunan tersebut.
Alhamdullillah, perhimpunan dapat diadakan dengan tanpa apa-apa gangguan dan malang juga kerana lipuatan yang diharapkan dari pihak media tidak kelihatan cuma rakaman dari kamera individu sahaja yang kelihatan.
Syabas dan tahniah atas " keberanian " ahli jemaah di Masjid Jame Kuala Ketil, Kedah yang ada rasa sensitif terhadap isu itu. Moga-moga apa yang ditunjukkan itu dapat melambangkan betapa tergurisnya hati kita terhadap apa yang dilakukan oleh mereka.
Saturday, September 18, 2010
" USTAZ KAMALA " HEBAT DI HULU SELANGOR

Dimana suara sumbang yang membantah kehadiran YB Teo Nie Ching MP Serdang, di Surau Alhuda Kajang tempoh hari, mereka membantah, mereka mengeluarkan surat amaran, mereka menunjukan perasaan anti " Kafir " di larang ziarah dalam masjid dan akhirnya apa pula yang berlakku di Parlimen Hulu Selangor pula? mengapa kesanggupan MAIS, JAIS memberikan keizinan kepada YB " Ust. Kamal " memasuki masjid untuk menyampaikan cek sumbangan beliau tempoh hari.
Khalid Samad dakwa UMNO haipokrit.
PDRM - HEBAT & SELECTIVE
Memang sewajibnya pihak kerajaan memberikan " tahniah " kepada PDRM, dengan kecekapan dan kepantasan menyelesaikan kes tersebut.
" YB Haniza Mohd. Talha - Timbalan Speaker DUN Selangor jelas mempertikaikan kenapa agaknya kes-kes kehilangan individu lain yang dilakukan oleh orang yang sama dalam kes Datuk Jutawan Kosmetik lambat di siasat tapi apabila berlaku terhadap seorang " personaliti " ianya cepat dan pantas di lakukan dan dapat diselesaikan segera " YB juga mendakwa pihak PDRM " memilih bulu " dalam menyelesaikan kes-kes. dan ianya berbentuk " selektif ".
Pihak PDRM - melalui KP Selangor Datuk Khalid Abu Bakar juga merasa tersinggung dengan tohmahan mengatakan kalangan pegawai PDRM yang mudah " dibeli ", jika ianya benar sila nyatakan dan siapa kalangan mereka yang terlibat. Beliau cukup tersinggung dengan tohmahan tersebut.
Tapi sebagai seorang ahli masyarakat negara ini memang kadang kala kita terasa apakah pihak PDRM bertugas mengikut lunas dan pertanggojawaban yang sepatutnya, kerana kita perlu ingin bahawa anggota polis juga " manusia biasa " yang sering alpa dan kadang kala perlu memilih kawan untuk terus bersama dan masyarakat awam. Janganlah pihak Pegawai tertinggi menidakan apa yang disuarkan oleh rakyat, apa yang penting " upgradekan " tugasan dan ada rasa pertanggongjawaban dalam tugas.
BERTUGASLAH DENGAN PENOH RASA DEDIKASI DENGAN BERLANDASKAN KEIMANAN DAN KETAKWAAN.
Friday, September 17, 2010
SEKOLAH TERMENGANDUNG - DI MANA BAIKNYA
Dengan pelancaran sekolah tersebut pada Jumaat ini, mengikut perancangan YAB maka, kini pihak Kementerian Pelajaran atau pun Kementerian Pelajaran Tinggi sudah pasti mengujudkan satu lagi Ketua Sektor yang perlu di khususkan untuk sekolah ini. Itu pun jika penubuhan sekolah ini di restui oleh salah satu dari kementerian tersebut. Cuma masyarakat tertanya-tanya apakah sukatan pelajaran sekolah ini, yang terlanjur ini pula berapa usia mereka yang akan diterima untuk belajar, kerana kita perlu ingat, untuk UPSR mereka perlu berusia 12 tahun, PMR berusia 15 tahun, spm 17 tahun. Apakah mereka dari gulangan yang berusia sedemikian?
Kita amat mengharapkan agar YAB Ali Rostam dapat memberikan penjelasan khusus berkaitan dengan perjalanan sekolah tersebut berkaitan dengan Sukatan, usia, sistem pembelajaran, sistem persekolahannya juga berkaitan dengan sistem pentadbirannya. Juga apakah kalangan yang diterima hanya dari Melaka atau dari seluruh negara? Juga berapa ramaikan kini sudah dari kalangan mereka mendaftarkan diri untuk bersama-sama di sekolah ini.
Cuba kita perhatikan kenyataan di bawah:
- Kenapa remaja yang buang bayi selalunya Melayu dan Islam?
- Kenapa remaja Melayu dan Islam menguasai stastistik
tertinggi dalam semua gejala sosial utama dalam negara?
- kurangnya pegangan agama Islam dalam diri?
- hawa nafsu menguasai diri?
- langkah2 penguatkuasaan yang lemah?
- Undang2 Islam yang tidak dilaksanakan sepenuhnya?
- Pemerintah tidak adil dan sekularisme sehingga kebajikan rakyat terabai?
Mungkinkah kementerian ini terlibat sama bagi menangani kelancaran sekolah ini?
- Kementarian Pelajaran / Pengajian Tinggi
- Kementerian Kesihatan
- Kementaian Belia & Sukan
- Kementerian Sumber Manusia
- Kementerian Wanita
mungkin ada yang lain lagi.....
Untuk itu peranan ibubapa kepada kalangan mereka yang terlibat juga perlu memainkan peranan untuk kelancaran sekolah ini nanti.
Thursday, September 16, 2010
DSAI n HARI MALAYSIA

Perutusan Hari Malaysia 2010
Oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim
16hb September 1963, Perseketuan Tanah Melayu bersama Sabah dan Serawak secara rasminya membentuk Malaysia. Makanya kenegaraan Federalisme yang menjadi salah satu dari tiang seri negara sewajarnya menjadi semakin kukuh dan sepatutnya lagi dihormati. Kemasukan Sabah dan Sarawak ternyata membawa dampak yang bukan sedikit kepada negara. Malangnya semangat pembentukan Negara Malaysia dan faham Federalisme yang mendukungnya, malah diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan pula, kian hari semakin terhakis. Pemusatan kuasa kepada kerajaan persekutuan tidak terbendung lagi. Faham Federalisme, Kedaulatan Undang-Undang dan Semangat Keperlembagaan diketepikan demi mengekalkan kekuasaan elit pemerintah semata. Justeru tidak hairan kita lihat bagaimana negeri-negeri seumpama Kelantan, Sarawak dan Sabah dinafikan hak mereka sungguhpun kaya dengan hasil bumi serta semulajadi. Janji-janji manis ditabur di Sabah dan Sarawak misalnya, kerana ianya dianggap sebagai “deposit” kemenangan ketika mahu memenangi pilihanraya.
Ketidakadilan yang dialami oleh rakyat dari negeri-negeri yang ditindas inilah membuatkan mereka bersikap acuh dan pesimis terhadap hasrat memperkukuh sebuah negara Persekutuan ini. Jelasnya kita tidak boleh menyalahkan mereka dan seharusnya berusaha menjana tenaga, fikiran serta terus beriltizam membasmi penindasan tersebut. Makanya Parti Keadilan Rakyat bersama Permuafakatan Pakatan Rakyat tuntas untuk memastikan keadilan dilaksanakan di seluruh negeri-negeri yang bersekutu dengan negara ini dan berusaha sejajar dengan hasrat murni Perlembagaan Persekutuan. Malanglah negara ini jika pemerintahnya bertindak menyisihkan dan menafikan hak rakyat sendiri kerana berbeza fahaman politik, ras dan kebudayaan.
Kini sudah tibalah masanya seluruh rakyat dari Perlis sehingga ke Johor, dari Kelantan sehingga ke Sabah dan Sarawak menyertai gelora menuntut Perubahan, agar sirna penindasan dan tertegaknya Keadilan. Hari Malaysia ini, bersamaan 16hb September 2010, biarlah ianya dimaknai oleh kita, untuk terus beriltizam dan berusaha mengembalikan Semangat Keperlembagaan agar negara ini “…mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa seluruh dunia.”
ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
SIAPA HAIPOKRIT DALAM ISU CUTI 16 SEPTEMBER?
ANDA PENENTU SEGALA-GALANYA.

RAKYAT MENDENGAR UCAPAN
Semenjak PM mengistiharkan hari cuti umum bagi tarikh kemerdekaan Sabah, Sarawak sebagai hari tertubuhnya Malaysia, ramai tertanya-tanya, bukankah dahulu kerajaan menentang penubuhan hari bersejarah ini?
Media massa tidak kira Utusan, TV3, dan lain2nya bersungguh2 menentang idea ini…kononnya atas dasar ia bertelagah dengan hari kemerdekaan negara, alasan lain agak terlalu ‘politiking’ saya kurang berminat, tp idea ia ‘bercanggah’ dengan hari kemerdekaan agak ‘rasional’ pd ketika itu… tp hari ini, ia sudah diiktiraf hari bersejarah.
Jika anda baca sebahagian dari tulisan ‘lama’ akhbar “Utusan” di bawah, memang tak boleh tahan, mereka yg bukan pro-kerajaan, di’perlekeh’ habis-habisan..inilah bahana apabila segala benda hendak dipolitikkan..benda yang baik dr parti politik mana sekalipun, kita terima, so, bila kita “CIPLAK” idea individu berkenaan, tidaklah “mencemarkan” jati diri sendiri...Kata org, “orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi, kita merasa”..
SORAKAN KEMERDEKAAN UNTUK MALAYSIA
Di hari baik, bulan baik ini, tidak salah bagi media massa dan kerajaan Malaysia memohon maaf secara terbuka kerana kenyataan-kenyataan mereka sebelum ini yang hampir menyebabkan hari bersejarah ini hampir tidak terlaksana. Saya yakin, rakyat akan terima permohonan maaf mereka walaupun hari ulangtahunnya sudah ‘terlepas’ lebih kurang 46 kali!.. Anda pasti akan ‘teruja’ dengan apa yg dikatakan oleh sesetengah pemimpin kita berkenaan hari bersejarah ini sebelum ini, ini tidak termasuk apa yg keluar di akhbar2 lain dan media televisyen lainnya :
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad ketika dihubungi berkata, cadangan pemberian cuti umum pada 16 September tidak sesuai kerana negara ini sudah pun mempunyai cuti kemerdekaan iaitu pada 31 Ogos.2. ARKIB UTUSAN – ruangan SMS : 04/09/2008
”Lagi pun negara ini sudah mempunyai terlalu banyak cuti umum, bagi saya memadai dengan cuti 31 Ogos,” katanya.
Jelas beliau, pemberian cuti umum yang terlalu banyak tidak elok untuk produktiviti pekerja dan ia sudah memadai dengan cuti umum yang sedia ada.
JANGAN pengaruhi kami yang berpendapatan rendah ini dengan ‘agenda’ anda. Anwar, 16 September adalah hari mencari rezeki, cukuplah dengan cuti umum 31 Ogos.3. ARKIB : 04/09/2008 – Cuti 16 September hanya muslihat Anwar
BOSAN
KENAPA pula kelepasan am pada 16 September? Kalau semua sudah cuti siapa yang akan hadir majlis ‘angkat sumpah’ PM baru kononnya?
HAMID JB
SAYA harap lenyapkan angan- angan hendak jadikan 16 September cuti umum. Mungkin ramai yang setuju dapat cuti tambahan terutama bagi pekerja sektor awam dan swasta. Buat apalah beria-ia sangat mahu membazir masa.
0199919XXX
SAYA amat setuju dengan penulis Zaini Hasan di ruangan Cuit Utusan Malaysia semalam. Isunya I0 September, bukan I6 September. Ramai orang cuba melupakannya. Jangan lupa kata pepatah, pelanduk yang lupakan jerat tapi jerat tak lupa pelanduk.
0194434XXX
TINDAKAN Nik Aziz menyokong cuti pada 16 September amat memalukan, tidak ubah seperti lalang ditiup angin.
MAN ENDA
NAMA pun pembangkang. Apa yang kerajaan BN buat semuanya tak betul! Jadilah pembangkang yang berkarisma seperti Tan Chee Koon, Lee Lam Thye dan Asri Muda.
KUALA LUMPUR 3 Sept. – Langkah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggembar-gemburkan bahawa tarikh 16 September wajar diisytiharkan sebagai cuti umum merupakan satu bentuk muslihat untuk membeli ‘perasaan’ rakyat Sabah dan Sarawak.4. ARKIB : 03/09/2008 – Anwar ‘terlalu teruja’ tarikh 16 September (oleh lidah pengarang Utusan)
Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Liew Vui Keong berkata, Anwar cuba menarik perhatian masyarakat di kedua-dua negeri itu dengan sengaja menjadikan tarikh kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan sebagai agenda perjuangannya.
Beliau bagaimanapun yakin rakyat Sabah dan Sarawak matang untuk menilai perilaku Anwar yang disifatkannya sebagai semakin terdesak dalam usahanya menarik Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai pembangkang.
”Anwar telah berjanji kepada rakyat bahawa dia akan membentuk kerajaan baru pada 16 September dan secara tiba-tiba juga mahu menjadikan tarikh ini sebagai cuti umum.
”Ini semua muslihat Anwar, dia memang bijak untuk memikat hati rakyat, tetapi dia lupa yang rakyat kini semakin matang dan mereka tidak mudah ditipu dengan sebarang fakta yang tidak berasas,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas cadangan Anwar supaya pimpinan pembangkang di lima buah negeri mengisytiharkan 16 September sebagai cuti umum.
Anwar berkata, cuti umum itu wajar kerana 16 September adalah tarikh ulang tahun penubuhan Malaysia dan ia merupakan hari bersejarah sama seperti 31 Ogos.
Vui Keong berkata, sejak 45 tahun lalu, rakyat Sabah dan Sarawak telah dapat menerima tarikh 31 Ogos sebagai satu-satunya tarikh kemerdekaan negara.
Apabila pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh berakhir pada 26 Ogos lalu dan disusuli dengan majlis angkat sumpah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen kawasan itu dua hari kemudian, ramai yang berpendapat maka redalah sedikit arena politik negara.5. ARKIB : 03/09/2008 – Shabery anggap Pas hipokrit
Mereka ingin melupakan seketika soal politik, tetapi malang sekali, ketika kita berada dalam bulan penuh keberkatan ini masih ada pemimpin politik yang terus berpolitik 24 jam.
Ini jelas apabila Anwar secara tiba-tiba mencadangkan supaya lima negeri yang kini dikuasai pembangkang menjadikan 16 September sebagai cuti umum – kononnya atas alasan, ia hari bersejarah memandangkan hari penubuhan Malaysia.
Sebenarnya, Anwar dan 16 September tidak boleh dipisahkan.
Oleh itu sempena Ramadan, Anwar tidak mahu rakyat lupa tarikh tersebut, beliau mahu rakyat sentiasa ingat bahawa 16 September ada impian pembangkang yang harus dilunaskan. Anwar benar-benar teruja dengan 16 September, beliau sudah tidak sabar lagi untuk ke Putrajaya biar apa cara politik sekalipun.
Justeru bagi mengelakkan rakyat terlupa, Anwar secara tiba-tiba mengemukakan cadangan mengenai cuti umum itu, kononnya atas alasan “kita mahu membuktikan kepada rakyat bahawa pakatan pembangkang tidak mahu menipu sejarah. Tarikh (16 September) ini merupakan hari yang amat bersejarah.”
Persoalannya siapakah yang menipu rakyat? Selama ini kerajaan tidak pernah menipu rakyat mengenai tarikh 16 September. Tarikh berkenaan sejak turun temurun lagi amat difahami oleh rak- yat Malaysia sebagai tarikh penubuhan Malaysia, malah setiap tahun, tarikh itu pasti akan dikenang terutama oleh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana ia juga adalah hari ulang tahun pasukan tersebut.
Anwar sengaja terus membangkitkan soal 16 September kerana merasakan kedudukan politik pembangkang semakin tergugat apabila Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Jumaat lalu mendapat respons yang positif daripada rakyat.
Anwar memahami memberi cuti adalah cara terbaik untuk mengambil hati rakyat. Apa yang penting melalui pendekatan memberi cuti ini pembangkang akan menjadi popular.
KUALA LUMPUR 2 Sept. – Kerajaan Pas Kelantan tidak seharusnya bersikap hipokrit apabila hendak menjadikan 16 September sebagai cuti umum, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyatakan Kelantan setuju dengan cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadikan 16 September iaitu tarikh ulang tahun penubuhan Malaysia sebagai cuti umum.
Ahmad Shabery berkata, adakah dengan sekadar mempertikaikan tarikh tersebut sebagai cuti umum, kesilapan masa lampau Pas Kelantan yang menentang usaha Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman dan pemimpin terdahulu dapat dilupakan begitu sahaja.
Katanya adakah orang seperti Tunku Abdul Rahman tidak cukup semangat Malaysianya hanya kerana tidak mengisytiharkan cuti pada masa tersebut.IHSAN - RUANG BICARA PRIA MALAYA
16 SEPTEMBER - TARIKH KERAMAT UNTUK MALAYSIA

Kalau kita perhatikan cara DSAI ingin membentuk kerajaan dengan langkah yang penuh bijak dan berhemah dgn mengambil kira peruntukan di dalam perlembagaan negara. Tapi ianya tidak terjadi kepada kerajaan pimpinan Najib seperti bagaimana mereka " mengambil " Perak dengan penoh dramatik dan cukup cicik dan memalukan, selepas 53 tahun negara merdeka keadaan pemerintah masih seperti zaman batu.
Negara ada perlembagaan, negara ada tiang serinya " Rukun Negara " tapi kepada pemerintah apa yang di inginkan mesti di lakukan, walaupun ianya melanggar " Rukun Negara " tersebut. prinsip " Kedaulatan Undang-undang " langsung tidak diguna pakai oleh pimpinan BN.
Sudah pasti 16 september bukan sekadar " lahirnya " Malaysia tapi tarikh tersebut juga adalah perancangan PR dengan kesan PRU12 untuk menumbangkan kerajaan BN dan PR mengambil alih Putra Jaya. Sudah pasti rakyat akan mengenang tarikh tersebut sebagai tarikh keramat, dan salah satu tarikh yang akan tertulis dalam lipatan sejarah Negara Malaysia.
Rakyat akan mengenali 16 September sebagai Hari Anwar Ibrahim yang berjaya membebaskan pemikiran rakyat Malysia dari jajahan BN...
Wednesday, September 15, 2010
ALUMNAI SMDSML - KENAPA PERLU ADA 2 KUMPULAN
Syabas dan tahniah kepada pihak pengurusan yang sedia dan memberikan khidmat secara percuma dan sukarela untuk mengajorkan majlis tersebut. Sudah pasti dengan adanya majlis seumpana bagini dapat mengembalikan nostalgia zaman persekolahan setiap pelajar, mungkin kini mereka yang bersekolah tahun berkenaan telah menjadi manusia yang dihormati dan berkepentingan untuk negara, agama dan bangsa, zaman persekolahan adalah zaman setiap individu itu membina masa depannya.
Sekolah Menengah Dato Seri Maharaja Lela ( SMDSML ) telah di dirikan pada penghujung tahun 1960an dan kini sudah pun berusia hampir 40 tahun dan sudah pasti " bekas " pelajarnya ramai dan melahirkan pelajar yang amat berguna kepada negara.
Aktiviti sebagini zaman dulu di kenali dengan persatuan Bekas pelajar tapi kini ianya lebih hebat dan dinamakan " alumnai " Untuk itu mungkin pihak penganjor majlis yang hanya menjemput pelajar pada tahun 1988 - 1990 ada strategi tentu yang ingin dilaksanakan. Kesannya sudah tentu ianya curigai oleh bekas pelajar yang tidak belajar di tahun-tahun yang dinyatakan. Sepatutnya pelajar yang dijemput ialah mereka yang tamat pengajian pada hujung 2009, tamat setelah selesai SPM.
Atas dasar tidak menjemput semua " bekas " belajar satu kumpulan lain yang belajar sebelum 1988 pula mengadakan program yang sama, kalau pelajar 1988 - 1990 diadakan di dewan sekolah, kumpulan satu lagi di Dewan Serbaguna MDPT Perak Tengah. Dua kumpulan yang ini seolah-olah melambangkan ada perbezaan fahaman antara kedua-dua pemimpin. Bukankah baik jika kedua-dua kumpulan ini bersatu sudah tentu majlis bertambah meriah dan dapat meninggalkan nostalgia yang menyentuk jiwa. Kenapa perlu diadakan perpecahan dan tidak mengamalkan prinsip persepakatan dan perpaduan?
Kepada kedua-dua pengajor majlis elokah ditubuhkan " alumnai " SMDSML untuk kepentingan bersama demi memajukan sekolah tercinta dan dapat mengembalikan nostalgia SMDSML serta mengatahui perkemgangan semasa bekas pelajar-pelajarnya.
Tahniah kepada kedua-dua kumpulan kerana berjaya mengajorkan majlis tersebut dan jadikan satu kumpulan untuk kepentingan bersama. Selain dari menjaga kepentingan bekas belajar " alumnai " juga dapat membantu pembangunan pendidikan sekolah. Khususnya memberikan khidmat bantu kepada pembangunan pembelajaran pelajar-pelajar. Teruskan perjuangan dalam arena pendidikan.




