Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, April 6, 2010

TAJUDDIN DAN FELCRA

Pada 4 - 6 April yang lepas, penulis mengikuti majlis ucaputama konvensyen Koperasi Peserta Felcra di ibu negara, sudah pastilah ucap utama ini dilakukan oleh YB Pengerusi Felcra itu sendiri, dan beliau ialah YB Dato Tajuddin. Beliau memang tidak dinafikan apabila dapat menggunkan pembesar suarau, ucapan dan andaian amat menusuk jiwa, semua hadiran kaku mendengar hujah, sampai pengerusi majlis Y.Bhg Dr. Mohd. Irwan Serigar bin Abdullah Pengerusi J/kuassa Eksekutif Felcra Berhad ( yang baru menngenali beliau - baru dipinjamkan dari Kementerian kewangan ) juga terpaku dengan kelantangan tersebut.
disebelah YB Dato Tajuddin ialah Dato Dr. Irwan Serigar ( maaf gambar memuaskan )

Gambar sebelah adalah menjadi bahan utama ucapan beliau, beliau menyebut kini Negara menampong hampir 5 juta nyawa " orang luar " yang datang mencari rezeki dan mereka telah mengambil tempat penduduk tempat, rakan-rakan dari luar yang dimaksudkan sudah tentulah dari Indonesia, Bangledesh dan lain-lain negera.

Kalangan mereka sudah ada yang memiliki " kelas F " bertindak sebagai seorang usahawan disamping menjadi konraktor dan yang sedihnya susah ada kalangan mereka yang mampu " mampu " berlagak sebagai taukeh kepada penduduk tempatan, pendatang sudah kaya, apa nak jadi dengan pribumi, apa nak jadi dengan generasi negera ini yang terus ingin hidup mewah, tapi gagal dalam berusaha. Tapi, kenapa sebagai pemimpin di Felcra, Felcra juga mengamalkan sistem hidup yang dmeikian, gambar diatas jelas menjukkan, cakap YB Pengerusi hanyalah " satu omongan " sahaja. Lebih mementingkan cakap untuk politik.

Ini adalah satu Projek Felcra yang dikhususkan untuk tanaman sawit, projek ini telah memberikan satu kebaikan kepada peneroka dan kini sudah ada generasi ketiga yang mewari tapak projek tersebut. timbul pula masalah hak milik, satu " hak milik " perlu di " faraid " mengikut keperluan, tanah yang ada cuma " sekankang kera " perlu diagihkan mengikut keperluan dan atau persetujuan kalangan keluarga. Apa yang tinggal, kalau dulu boleh mewah dengan dividen dan bayaran saham, kini ianya perlu ada pengagihan pula dan sudah tentu pendapatan akan mengecil.

Cuma satu persoalan yang perlu di perjelaskan oleh pihak YB Tajuddin, bagaimana boleh hadirnya bagitu ramai pekerja luar negara ini. Bukankah satu ketika dulu memang ada dasar kerajaan untuk mengimput mereka, dan pernah, aktiviti ini memberikan pulangan yang hebat kepada kalangan tertentu dan hidup kaya raya. Tapi akhirnya pihak kerajaan pula yang menyalahkan penduduk tempat yang " tidak berminat " untuk meneruskan kerjaya tersebut. Bukan itu sahaja, pengurusan Felcra sendiri menggunakan khdimat mereka.

SIAPA SALAH

Cuma persoalannya, apakah jaminan pihak pemerintah untuk memastikan generasi 2/3 dan mungkin 4 di rancangan ini dapat hidup dan menikmati kemewahan yang di anugerah tuhan ini. Sebagai pemimpin bukan boleh bercakap tapi tindakan yang diambil sebaliknhya. Kenapa " orang luar ramai " sedangkan permit untuk mengimpot memang di keluarkan dan permit ini telah menguntung dan memewahkan orang tertentu. Akhirnya orang Melayu yang teraniya dan kini beliau sendiri meletakkan ekonomi orang melayiu di kelas ke3 dalam negara di belakang Cina, India.

2 comments:

  1. minta jasa baik Tn Pengerusi Felcra supaya menimbang memberi pinjaman pendidikan kpd pelajar yg telah menjalani asas perubatan tajaan yayasan felcra.pelajarpelajar tersebut tidak pergi ke asasi dan matrik KPM kerana mengikuti matrik asas perubatan yayasan felcra.ke manakan hala tuju pelajarr-pelajar tersebut, kerana JPA tidak lagi memberi pinjaman utk pelajar thn pertama, sdgkan kos yg banyak diperlukan untuk masuk thn pertama. rata-rata pelajar tersebut bukan anak orang senang, tetapi anak felcra. untuk menduduki entrance exam ke universiti di indonesia, sebanyak rm700 utk setiap entrance test pun x mampu, bagaimanakah utk menghantar anak belajar dgn tajaan sendiri. jika yayasan felcra x sanggup memberi pinjaman utk ke indonesia...timbangkan lah pinjaman ke rusia atau mesir yg lebih murah, bukankah pelajar ini modal insan yg akan berkhidmat utk negara?

    ReplyDelete
  2. ORANG BERKUASA JIKA MEMBUAT KEPUTUSAN TIDAK FIKIR TENTANG ORANG BAWAHAN YG SUSAH. KASIHAN PELAJARPELAJAR TERSEBUT...TENTU PATAH SEMANGAT. MASA SUDAH TERBUANG BEGITU SAHAJA.UNTUK SAMBUNG BUAT PERUBATAN DI INDONESIA MEMANG MAHAL...TAHUN PERTAMA SAJA LEBIH KURANG RM100000.DIMANALAH NAK MENDAPAT DUIT SEBANYAK TU???SAYA ADA PENGALAMAN ANAK BELAJAR DGN PINJAMAN JPA (YURAN SAHAJA TANPA KOS SARA HIDUP)..WALAUPUN DPAT PINJAMAN TETAPI SUSAH IBUBAPA UNTUK MENYARA KOS SARA HIDUP DI SANA. UNTUK ENTRANCE TEST JUGA MAHAL...USD200 ATAU LEBIH. SEKALI EXAM X BOLEH DAPAT SEBAB RAMAI PERSAINGAN TEMPAT SEDIKIT. BAYANGKAN ADA YANG 4 ATAU 5 KALI BARU DAPAT TEMPAT. KALAU RM700 X 4, SUDAH RM2800.00. ITU BARU ENTRANCE TESTS..BELUM PERBELANJAAN LAIN LAGI. SEBAB ITU RAMAI YG SUKA PERGI KE MESIR...TAK PERLU ENTRANCE TEST,SETAKAT RESULT SPM SAHAJA.BAGAIMANALAH ORANG SUSAH NAK JADI DOKTOR.KALAU TANPA TAJAAN..SANGAT SIMPATI DGN NASIB PELAJARPELAJAR TERSEBUT. SUDAH TIDAK PERGI KE MATRIK KPM, KENALAH APPLY COURSE DIPLOMA. SEKARANG NI IPTA PUN DAH TUTUP. KOLEJ SWASTA ADALAH YG BUKA. SAYANG...SAYANG. MALANG...MALANG.NAMPAKNYA ORANG FELCRA YG DAH TENTU SUSAH BERTAMBAHLAH SUSAH.
    FELCRA,DI MANAKAH SLOGAN RAKYAT DIDAHULUKAN?????

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA