Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, March 15, 2010

KAWAN TETAP KAWAN, TAPI LAWAN JUGA TETAP LAWAN




Ini adalah gambaran bagaimana insan yang bergelar manusia dan mempunyai hati budi dan daya fikir yang sentiasa terbuka dan tahu erta hidup cara bermuafakat. Kedua-dua mereka adalah dari satu parti asalnya dan kemenangan mereka juga dari parti yang sama Parti Keadilan Rakyat ( PKR ) dan kedua-dua mereka akhirya juga bersama-sama dengan rakan yang lain bersatu tenaga dalam Pakatan Rakyat ( PR ).

Kalau diperhtikan seolah-olah mereka masih dalam satu kem, masih berketuakan DSAI, bagi anak muda dari Balik Pulau ini masih setia dengan PKR - PR tapi temanya sudah berkerat rotan dan membakar jambatan kepartian, sudah pun meninggalkan PKR, tapi sedihnya beliua masih berdendam dengan kepimpinan PKR, beliau masih mengkritik DSAI dan juga sanggup meninggalkan kumpulan pembelaan DSAI di mahkamah syarih berkaitan dengan tuntutan qazah terhadap Shaiful, Penarikan diri dari kumpulan tersebut adalah hak beliau, tapi rasanya ini adalah melambangkan betapa dendamnya beliau terhadap seorang individu yang sendang teraniya, dan memperlukan pertolongan beliau, kerana YB Zul adalah seorang pejuang Islam yang sentiasa tegas dan konsistant dalam tindakan dan berjiwa besar. Rasanya dendam kesumat ini juga bukan budaya yang perlu ada pada seorang Melayu yang menganut agama Islam.

Akhirnya di pohonkan agar kedua-dua mereka dapat memastikan perjuangan untuk membela bangsa, agama dan tanahair dapat diteruskan, gunakanlah gelanggang parlimen untuk kebaikan semua pihak. Jangan dijadikan hidup mewah satu impian setelah menjadi pemimpin, untuk hidup mewah bukan menyertai parti seperti PKR, tapi sertailah parti yang telah terbukti kepimpinan yajng hidup mewah, janganlan aniaya rakyat dengan kemewahan, tapi jadilah juara rakyat untuk kebaikan dan kemakmuran rakyat.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA